Utamakan keselamatan, kesihatan anak musim perayaan

April 21, 2023 · Isu semasa

Setiap kali tiba musim perayaan, pastinya ada penyakit biasa yang menyerang terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Menurut Pakar Kanak-kanak Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Dr Sulokchana Alagan, terdapat beberapa penyakit yang sering dikaitkan kanak-kanak dan biasa menyerang ketika musim perayaan.

“Antara penyakit biasa musim raya adalah keracunan makanan. Ia boleh disebabkan beberapa faktor seperti masalah kebersihan proses penyediaan makanan, cara penyimpanan yang tidak elok atau kurang bersih, makanan yang basi atau berlaku pencemaran,”jelasnya.

Tambah Dr Sulokchana, simptom keracunan makanan akan muncul secepat mungkin selepas seseorang itu makan makanan yang telah tercemar. Simptom yang biasanya berlaku adalah loya, muntah, kekejangan perut, badan berangin, cirit-birit dan demam.

“Jika anak-anak mempunyai simptom seperti dehidrasi, cirit-birit berlebihan, pendarahan dan lendir pada najis, ibu bapa perlu membawa anak ke klinik atau hospital terdekat dengan segara,” ujarnya.

Selain keracunan makanan, penyakit yang biasa dihidapi anak dalam musim perayaan ialah batuk dan selesema.

Jelas beliau, terdapat beberapa situasi di mana ibu bapa perlu segera membawa anak menerima rawatan.

Antaranya batuk dan selesema yang  tidak sembuh selepas lima hari, batuk dan selesema sehingga menyebabkan anak tidak aktif dan mengalami kesukaran bernafas, batuk dan selesema disertai demam melebihi 38 darjah selsius bagi bayi berumur enam bulan ke bawah dan melebihi 39 darjah selsius untuk yang berumur bawah setahun serta selesema dan batuk dengan kahak berwarna hijau atau kuning.

“Sirap dan soda merupakan minuman kegemaran pada musim Aidilfitri, namun perlu diingatkan supaya tidak mengambil minuman manis berulang kali dan berlebihan. Satu sudu makan sirap mengandungi 10 gram gula pasir dan soda pun tidak jauh bezanya kerana setiap bahagiannya mengandungi pemanis tiruan sebagai pengganti gula.

“Ibu bapa juga perlu hadkan anak untuk mengambil sajian yang terlalu berminyak atau berlemak tinggi. Dalam musim perayaan ini, ibu bapa masih perlu memastikan anak mendapat nutrisi yang secukupnya dan seimbang. Jangan lupa untuk banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan,” tambah beliau

Selain daripada segi kesihatan, Dr Sulokchana turut mengingatkan para ibu bapa tidak lupa keselamatan anak dalam keseronokan merayai Hari Raya Aidilfitri.

“Sekiranya ibu bapa membenarkan anak-anak untuk bermain bunga api, pengawasan ibu bapa atau orang dewasa adalah paling penting. Jangan sekali-kali membiarkan mereka melakukan aktiviti itu bersendirian.

“Sementara menyambut musim perayaan ini dengan penuh kegembiraan, ibu bapa perlu sentiasa mengambil hati dengan anak-anak. Pilihan kesihatan yang kita buat semasa Aidilfitri boleh dibawa ke hadapan hingga ke bulan-bulan lain dan juga membantu anda membuat persediaan untuk Ramadan dan Aidilfitri yang lebih baik untuk tahun-tahun akan datang.” tambah Dr Sulokchana.

Berita berkaitan
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Popular
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok