Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?

June 28, 2023 · Isu semasa

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan sebilangan besar kanak-kanak mengaku menghisap vape atau rokok elektronik (e-rokok) disebabkan percaya tentang kandungan cecair di dalamnya adalah buah-buahan asli dan bukannya nikotin.

Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis, S.V. Subbarow berkata, pihaknya telah menemu bual lebih 1,000 kanak-kanak dan hasilnya mereka mendakwa perbuatan menghisap vape bukan satu kesalahan kerana rasa vape hanya seperti makan gula-gula.

Selain itu, Subbarow mendakwa kebanyakan kanak-kanak yang menghisap vape yang diambil daripada bapa atau abang mereka sendiri.

Hasil soal selidik yang dijalankan CAP sebelum ini, kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 tahun mengakui bahawa mereka mencuba vape bapa semasa ia ditinggalkan di rumah atau di dalam kereta.

Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Pe­nyalahgunaan Bahan Terlarang Malaysia (Masac), Raja Azizan Suhaimi Raja Abd. Latiff berkata, ada pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan sesuatu bahan la­rangan untuk dicampur dengan bahan lain di dalam vape bagi memberikan kesan yang lebih ‘mari’ atau khayal kepada mereka yang mengambilnya.

Menurutnya, semua pihak harus sedar bahawa di Malaysia, lebih 800 New Psychoactive Substance (NPS) atau Substan Psikoaktif Baharu yang masih tidak diwartakan sebagai dadah.

“Jika remaja ambil vape, kita tidak tahu apa kandungan dalam cecair tersebut sama ada ia ada campuran NPS ini yang akan memberi kesan mengkhayalkan serta ketagihan.

“Ini yang membahayakan dan menakutkan kita semua. Tidak mustahil ada mereka yang akan mengambil bahan terlarang ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pakar Perun­ding Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Nur Amani Ahmad Tajuddin berkata, golongan kanak-kanak dan juga remaja dilihat lebih tertarik dan mudah untuk dipengaruhi menghisap vape.

“Semua pihak harus memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak dan remaja agar mereka tidak terjebak dalam hal tersebut.

“Jika dibiarkan, generasi ini akan terus terlibat dengan vape yang dikhuatiri cecairnya akan dicampur dengan pelbagai bahan terlarang,” katanya.

Tambah beliau, ini kerana, berdasarkan tinjauan dilakukan, generasi yang terlibat dengan vape ini juga terdorong untuk mencampurkan cecair perisa dengan bahan terlarang lain seperti ganja yang boleh menyebabkan ketagihan.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
6 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok