Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg

December 1, 2023 · Isu semasa

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan mengedar lebih 10 kilogram dadah.

Lee Chi Wan, 27, didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 10,392.20 gram di tempat letak kenderaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Ayer Keroh, kira-kira 3.45 petang pada 18 Nov lepas, lapor Bernama.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, disebat tidak kurang 12 sebatan.

Majistret Khairunnisak Hassni menetapkan 15 Jan depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan Polis Melaka berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas pelbagai jenis barang terlarang itu, dianggarkan bernilai RM6.6 juta apabila tiga lelaki berusia antara 27 hingga 51 tahun ditahan pada 18 Nov lepas.

Berita berkaitan
Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard
December 27, 2023· Isu semasa
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok