Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard

December 27, 2023 · Isu semasa

Seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini kerana mencalarkan kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Alphard milik seorang lelaki menggunakan pemutar skru sehingga menyebabkan kerugian RM8,000.

Majistret Farah Azura Mohd Saad menjatuhi hukuman itu selepas Liew Wil Sheng, 29, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di parkir sebuah pangsapuri di Kota Damansara pada 3.13 petang 23 Dis lepas mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, lapor Bernama.

Farah Azura menasihati Liew agar tidak mengulangi perbuatan itu kerana ia satu kesalahan jenayah.

“Memang kadang-kadang kita marah sangat, rasa nak calarkan kereta orang sebab kita bengang tapi marah macam manapun, jangan bertindak sedemikian kerana itu bukan penyelesaiannya,” kata beliau yang memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Khairun Nisa Noor Harun memohon agar Liew dijatuhi hukuman setimpal kerana nilai kerugian yang dialami mangsa agak tinggi.

Bagaimanapun, peguam Farith Emier Farhan memohon agar tertuduh dikenakan denda minimum atas alasan Liew tidak mempunyai pekerjaan tetap selain menghidap asma dan perlu menjaga bapanya yang mempunyai penyakit darah tinggi.

Ketika menjawab soalan Farah Azura mengenai punca kejadian itu, Farith Emier berkata berlaku salah faham antara tertuduh dengan mangsa berkaitan perniagaan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok