Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari

February 8, 2023 · Isu semasa

Peningkatan harga besi dan simen direkodkan sebanyak satu peratus dan 2.6 peratus pada Januari 2023 berbanding bulan sebelumnya untuk mencatatkan peningkatan tiga bulan berturut-turut.

Ketika orang ramai sedang merungut berhubung peningkatan kos harga barang harian, kenaikan harga bahan binaan juga tidak terkecuali dan ia memberi kesan kepada para kontraktor dan pemaju.

Bagi perbandingan tahun ke tahun, indeks harga bagi seunit besi dan simen telah meningkat masing-masing sebanyak 1.4 pe­ratus dan 9.3 peratus pada bulan lalu, berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan harga bahan mentah dan arang batu, serta kos penghantaran yang lebih tinggi merupakan penyumbang utama terhadap kenaikan harga dalam pasaran simen di Malaysia.

Menurutnya, peningkatan indeks harga besi pula seiring dengan peningkatan harga bijih besi dan besi utama di peringkat global.

“Menurut Trading Economics,­ harga besi dijangka meningkat berikutan pemulihan aktiviti kilang di China pada Januari selepas penguncupan tiga bulan berturut-turut seperti yang dilaporkan oleh The China National Bureau of Statistics Manufactu­ring Purchasing Manager Index.

“Selain itu, penamatan dasar Sifar Covid di China dan pelbagai inisiatif untuk merangsang aktiviti pembinaan dijangka memperkukuh sektor hartanah dan permintaan perumahan.

“Jangkaan ini seterusnya akan meningkatkan permintaan untuk input pembinaan dan perindustrian yang menggunakan bahan daripada bijih besi dan besi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Uzir menyatakan purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars adalah RM3,599 bagi setiap tan metrik, peningkatan 0.7 peratus berbanding Disember 2022 pada RM3,576/ tan metrik.

“Purata harga simen (Ordinary Portland) pula mencatat­kan peningkatan 3.4 peratus iaitu RM21.66/50 kilogram (kg) berbanding RM20.95/50 kg pada Disember.

“Sementara purata harga pasir kekal tidak berubah iaitu RM36.32/tan metrik,” katanya.

Berita berkaitan
Harga barang sekolah anak naik mendadak, laporan
March 6, 2023· Isu semasa
Dasar manifesto apa kerajaan sekarang nak laksanakan, PH atau BN?
January 28, 2023· Isu semasa
Rafizi, siapa terduduk ni? soal MB Perlis
January 26, 2023· Politik
Harga barang naik, pemimpin UMNO diam membisu tak lagi dengar suara rakyat
January 25, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok