Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri

January 1, 2023 · Isu semasa

Sarawak tidak bersedia berunding, melonggarkan atau berkompromi terhadap pemilikan tanah, pelantar pesisir dan kuasa autonomi imigresen seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

Premier Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dipetik sebagai berkata Sarawak tidak akan berkompromi terhadap perkara berkenaan, malah ia akan terus dipertahankan.

Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata kerajaan Sarawak berusaha membangunkan negeri ini serta berharap hak Sarawak dalam MA63 diberikan semula.

“Ada perkara (dalam MA63) yang tidak boleh dibuat rundingan antaranya hak pemilikan tanah dan juga kawasan pelantar pesisir.

“Ia adalah hak negeri Sarawak yang tidak boleh dirunding dengan orang lain.

“Selain itu, ialah kuasa imigresen, di mana kerajaan juga akan terus pertahankan kuasa autonomi ke atas imigresen selain pertahankan kawasan sempadan negeri ini,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023, di Stadium Perpaduan, malam tadi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Armizan Mohd Ali, berkata dasar berhubung prosedur kemasukan mana-mana pihak ke negeri itu termasuk warga Semenanjung ditentukan kerajaan negeri-negeri berkenaan.

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim yang meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyelesaikan “perkara mudah” dahulu sebelum terus melaksanakan perubahan institusi yang agak mencabar.

Zaid berkata, antara perkara mudah dimaksudkan itu termasuk membabitkan kemasukan rakyat Semenanjung ke Sabah dan Sarawak.

“Bolehkah perdana menteri minta kedua-dua negeri itu supaya membenarkan warga Semenanjung pergi sana tanpa keperluan IC (kad pengenalan) atau pasport?” katanya.

Katanya, peruntukan kuasa imigresen bagi kedua-dua negeri itu mengehadkan kemasukan penduduk Semenanjung hampir 70 tahun lalu mungkin ada asasnya, namun beliau tidak melihat keperluan pelaksanaan itu lagi pada masa ini.

Berita berkaitan
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika
November 4, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Popular
Isu tanah Kampung Baru, pemaju kata lokasi berbeza nilai pampasan tak sama
December 10, 2021
Dua sungai di Pahang, Kelantan catat paras bahaya
December 14, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
JAIS tetap larang pembabitan umat Islam di rumah ibadat agama lain
March 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok