Isu tanah Kampung Baru, pemaju kata lokasi berbeza nilai pampasan tak sama

December 10, 2021 · Isu semasa

Lokasi berbeza menyebabkan penilaian tanah kepada penduduk Kampung Sungai Baru tidak boleh disamakan dengan tanah di Kampung Baru, kata pemaju dalam Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru.

Ritzy Gloss Sdn Bhd, anak syarikat Suez Capital Sdn Bhd merupakan pemaju projek di Sungai Baru yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas penduduk tidak berpuas hati dengan nilai pampasan yang diberikan kepada mereka.

Pengarah Ritzy Gloss Sdn Bhd, Abdul Hadi Ahmad berkata penduduk perlu akur dengan nilai pampasan yang dibuat oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG WPKL) dan mereka menyamakan nilai kediaman mereka dengan kediaman di Kampung Baru kerana kedua-duanya lokasi berbeza.

“Saya faham dengan isu nilai pampasan yang menimbulkan perdebatan dan perbincangan dalam kalangan penduduk yang tidak bersetuju.

“Namun mereka harus akur dengan jumlah yang ditetapkan dengan nilai pampasan yang dibuat oleh JKPTG WPKL.

“Ini kerana mereka tidak boleh samakan nilai kediaman mereka dengan kediaman di Kampung Baru kerana lokasi yang berbeza,” katanya dipetik laporan BH.

Baru-baru ini, penduduk Kampung Sungai Baru melahirkan perasaan kecewa apabila merasakan jumlah pampasan ditawarkan dianggap tidak munasabah kerana mendakwa tidak mencukupi untuk membeli kediaman lain.

Para penduduk yang diambil tanah mereka baru-baru ini mendakwa hanya dibayar RM400 sekaki persegi.

Hari ini, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) dalam kenyataan turut memaklumkan siasatan pengambilan tanah di flat PKNS Kampung Sungai Baru ditangguhkan ke tahun depan.

Menurut Abdul Hadi, pangsapuri yang akan dibina di lokasi sama dengan pembangunan semula itu dikenali sebagai Pakej Harmoni yang menawarkan kediaman berkeluasan 900 kaki persegi.

Katanya, penduduk berkenaan boleh memiliki kediaman dilengkapi tiga bilik, dua bilik air dan satu petak tempat letak kereta itu, dengan separuh harga dari jumlah pampasan pengambilan tanah yang bakal diterima mereka.

“Sebagai contoh jika pemilik menerima jumlah pampasan pengambilan tanah berjumlah RM250,000, mereka boleh memiliki Pakej Harmoni dengan harga RM125,000 sahaja.

“Jika proses pengambilan tanah selesai tahun ini dan diikuti pelan pembangunan siap tahun hadapan, kediaman berkenaan dijangka siap dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pada sidang media sama, Pengerusi Persatuan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru (PPHKSB), Zulfakar Wahid berkata ketika ini hanya seramai 38 pemilik flat tidak bersetuju dengan tawaran yang dibuat, manakala 85 peratus pemilik sudah bersetuju dengan tawaran awal yang dibuat sejak tahun 2016.

Katanya, keadaan itu menyebabkan pelaksanaan projek pembangunan semula itu tidak dapat dijalankan kerana isu pengambilan tanah.

“Justeru kami penduduk yang sudah lima tahun bersetuju dengan pembangunan ini amat berharap mereka menerima tawaran yang dibuat oleh syarikat pemaju.

“Kasihan pada penduduk yang sudah lama pindah dari kawasan itu dan terus menunggu kediaman baharu siap, sehingga ada yang sudah meninggal dunia.

“Kita tidak dihalau dari rumah sendiri, sebaliknya akan dapat semula tinggal di kawasan yang sama malah dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya lagi.

Pada Julai 2021 lalu, penduduk di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru mula menerima surat Warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.
Menurut laporan, pada Ogos 2021 pula, tuan tanah yang terlibat diwajibkan menghadiri perbicaraan pertama pengambilan tanah dalam bulan itu juga.

Beberapa penduduk juga menunjukkan bukti surat warta kepada media berhubung arahan ke perbicaraan dan arahan keluar dari tanah mereka itu.

Persoalannya, mengapa begitu tergesa-gesa langkah pengambilan tanah ini dilaksanakan, malah nilai RM400 sekaki itu jika dibandingkan adalah terlalu rendah dan tidak masuk akal.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Selepas Vincent Tan, MB Selangor pula hantar surat tuntutan kepada Sanusi
August 10, 2023· Politik
MB Selangor tak jawab dokumen sulit skandal tanah dimiliki Chegubard
August 8, 2023· Politik
Kerajaan PN baharu akan dedah fail sulit skandal tanah RM10 bilion di Selangor: Chegubard
August 7, 2023· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok