PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding

October 18, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) memutuskan tidak meletakkan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan tersebut bertujuan untuk memberi tumpuan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember ini.

“Pada masa sama, komponen-komponen parti dalam PN juga sedang sibuk menguruskan mesyuarat agung tahunan parti di peringkat cawangan, bahagian dan nasional,” katanya.

Pada 19 September lalu,Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima permakluman rasmi kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Talib Zulpilip.

Seterusnya, pada 11 Oktober, SPR menerima makluman kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Kemaman.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok