PRN: Bersatu Negeri Sembilan tawar kerusi MB jika KJ tanding tiket PN

February 10, 2023 · Politik

Walaupun belum mengadakan pertemuan dan perbincangan rasmi dengan bekas pemimpin UMNO yang dipecat, Khairy Jamaluddin, Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan sedia menawarkan kerusi Menteri Besar kepadanya jika bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi PN Negeri, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata soal menteri besar adalah persoalan kecil kerana paling penting adalah memastikan kemenangan kepada Bersatu dan PN.

Menurutnya Bersatu Negeri Sembilan sedia menawarkan jawatan Menteri Besar kepada bekas Ahli Parlimen Rembau itu sekiranya beliau mahu bertanding PRN di negeri itu di bawah tiket PN.

“Kalau KJ (Khairy) sertai Bersatu dan bertanding di Negeri Sembilan, kita tiada masalah untuk tawarkan dia kerusi menteri besar,” katanya menjelaskan isu Menteri Besar adalah persoalan kecil kerana apa yang penting PN mahu memastikan kemenangan.

“Semestinya siapa saja yang dirasakan ada nilai dan difikirkan sesuai oleh Presiden, jadi dia boleh jadi menteri besar. Itu kita serah pada pucuk pimpinan,” katanya menurut Sinar hari ini.

Beliau turut mengakui sekiranya bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyertai Bersatu, akan dapat memberi nilai tambah kepada parti kerana semua pihak sedia maklum kekuatan yang ada pada Khairy sebagai seorang pemimpin.

“Tapi sehingga kini kita tak tahu status sebenar KJ (selepas dipecat dari UMNO),” katanya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan sehingga kini PN atau Bersatu negeri masih belum mengadakan sebarang pertemuan rasmi dengan Khairy.

Beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk berbincang dengan Khairy.

“Kita tak mahu terlalu ramai pergi jumpa, takut nanti ada perkara yang tak selari. Jadi kita serah pada pucuk pimpinan saja dan jika ada arahan susulan kita akan ikut,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Khairy menyatakan berminat untuk bertanding dalam PRN Selangor dan mendakwa beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan itu.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Tawaran Anwar, Zahid tambah jawatan TPM janji ‘mi segera’: Tuan Ibrahim
October 24, 2022
PN akan pastikan nilai ringgit kukuh jika jadi kerajaan, kata Muhyiddin
November 7, 2022
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
May 10, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok