Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga Afrika

November 4, 2023 · Isu semasa

Sindiket pemalsuan dokumen didalangi dua lelaki warga Afrika tumpas selepas mereka ditahan dalam operasi khas Jabatan Imigresen di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 25 Okt lepas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata hasil risikan selama dua minggu berjaya mengesan dan menahan dalang utama sindiket iaitu seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 46 tahun di Kajang, Selangor manakala suspek kedua berusia 56 tahun dari Ghana ditahan di Jalan Kasturi, labor Bernama.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di kediaman suspek di Jalan Chan Sow Lin di sini, menemukan 10 naskah pasport Nigeria disyaki palsu serta sekeping pelekat pas pelajar palsu.

“Suspek mendedahkan bahawa pelekat pas pelajar tersebut diperoleh daripada seorang lelaki warga Ghana. Seterusnya pasukan operasi bertindak mengesan dan menahan lelaki warganegara Ghana di Jalan Kasturi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ruslin berkata semasa penahanan suspek kedua itu, pasukan operasi turut menemukan sekeping pelekat pas pelajar palsu bersama suspek selain bertindak merampas dua keping pelekat pas pelajar dan enam keping i-kad Jabatan Imigresen dalam serbuan di kediaman lelaki itu di Cheras, Selangor.

Turut dirampas sekeping kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu dan tujuh keping kad pelajar pelbagai universiti serta kolej di sekitar Lembah Klang.

Menurut Ruslin, modus operandi sindiket adalah menyasarkan warga Afrika yang mempunyai masalah seperti ketiadaan dokumen pengenalan diri dan visa di negara ini sebelum menawarkan perkhidmatan untuk menyediakan dokumen seperti pasport, pas pelajar, pas penggajian, i-kad, kad UNHCR dan kad pelajar palsu dengan bayaran sekitar RM1,000 bagi setiap pasport dan RM200 sekeping bagi lain-lain dokumen.

“Kedua-dua suspek ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

Berita berkaitan
Peguam mohon batal permohonan SPRM dapatkan dokumen berhubung penyelesaian 1MDB
November 8, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Isu 3R, penduduk tanpa dokumen jadi tumpuan hari ini
October 23, 2023· Politik
Polis rampas dadah RM3.1 juta disimpan dalam kereta
October 18, 2023· Isu semasa
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
7 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
7 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
7 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
9 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok