Dewan Rakyat: Isu 3R, penduduk tanpa dokumen jadi tumpuan hari ini

October 23, 2023 · Politik

Pendirian kerajaan berhubung isu agama, bangsa dan institusi diraja (3R) serta penyelesaian masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen antara tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian kerajaan berhubung isu 3R serta asas perundangan yang diguna pakai untuk melarang rakyat Malaysia daripada menyentuh perkara tersebut, lapor Bernama.

Muhyiddin mengemukakan soalan itu ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Dalam sesi sama, Lo Su Fui (GRS-Tawau) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha penyelesaian isu penduduk yang tidak mempunyai dokumen disebabkan oleh pendaftaran lewat, kematian bapa dan ibu warganegara, kehilangan sijil nikah dan perkara-perkara lain.

Pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (PN-Labuan) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sebab Malaysia Airlines menamatkan perkhidmatan katering dalam penerbangan Brahim’s Food Services Sdn Bhd sebelum melantik katerer yang baru.

Persidangan hari ini juga akan menyambung sesi perbahasan Belanjawan 2024 yang memasuki hari kelima, selepas ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt lepas.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Rang Undang-undang Perbekalan 2024 itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari, sebelum sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 30 Okt.

Ahli-Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan di peringkat jawatankuasa selama 12 hari bermula 6 Nov.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Okt hingga 30 Nov ini.

Berita berkaitan
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
16 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
16 jam lalu · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok