Ramai bekerja di Selangor datang dari Kelantan dan Terengganu: Shabery

June 19, 2023 · Politik

Selangor merupakan sebuah negeri yang maju berbanding negeri lain dan kebanyakan mereka yang berasal dari Kelantan serta Terengganu mencari makan di negeri tersebut, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu berkata penting untuk UMNO-BN membantu Pakatan Harapan (PH) sebagai pemerintah kerajaan negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, malah disebabkan kemajuan dikecapi ramai yang berasal dari Kelantan dan Terengganu bekerja di negeri tersebut.

“Pengundi perlu sedar ada negeri tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan kerana ketidakupayaan pemimpin politik mereka untuk mewujudkannya kepada rakyat.

“Kita lihat sebahagian besar orang yang bekerja di sesetengah kawasan di Selangor adalah dari Kelantan dan Terengganu kerana kegagalan kerajaan negeri terbabit gagal menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda,” katanya dipetik laporan BH.

Shabery terdahulu menghadiri Sesi Penerangan Khas ‘ Road To PRN’ di Dewan Seminar Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor anjuran Biro Penerangan UMNO bahagian dekat Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Shabery berkata, jika selepas PRN kerajaan negeri tidak seiring dengan Kerajaan Persekutuan sudah tentu ia bakal menyebabkan kerugian kepada Selangor.

“Di samping itu, rakyat atau pengundi di negeri ini juga perlu sedar bahawa sebahagian kemajuan dan pembangunan di negeri ini yang sedang dikecapi adalah diasaskan hasil perjuangan kerajaan BN terdahulu.

“Jadi dalam PRN ini, biarlah BN menjadi penyumbang pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri Selangor supaya pimpinan BN akan terus dapat menyumbang kepada kemakmuran negeri Selangor,” katanya lagi.

Menyentuh dengan kerjasama dengan DAP dalam PRN tidak lama lagi, beliau berkata, BN terutama ahli UMNO perlu ‘move on’ dan jangan sesekali toleh ke belakang kerana boleh menyebabkan hubungan dan kerjasama yang terbina dalam Kerajaan Perpaduan terjejas.

Katanya, kerjasama dengan parti terbabit sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan langsung tidak menjejaskan perkara yang membabitkan kepentingan orang Melayu di negara ini.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
7 jam lalu· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Senarai lengkap keputusan PRN Melaka
November 21, 2021
Zahid kata ikut budi bicara Agong, tapi Ismail Sabri kata dirinya calon PM
November 16, 2022
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Akar umbi UMNO lapor polis cubaan kedua Zahid tipu Agong
November 23, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
7 jam lalu · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok