JAIS tetap larang pembabitan umat Islam di rumah ibadat agama lain

March 15, 2023 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menetapkan peraturan dan garis panduan tertentu berkaitan pembabitan umat Islam dalam program di rumah ibadat agama lain, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Walaupun menyambut baik program berbentuk kefahaman dan toleransi antara agama, beliau mengingatkan bahawa program sedemikian mesti mengikut garis panduan JAIS, terutama yang melibatkan undang-undang.

“Peraturan telah menetapkan bahawa sebarang program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain selain rumah ibadat Islam adalah dilarang sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat menyusul program ‘Jom Ziarah Gereja’ anjuran sebuah agensi yang dikaitkan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Impact Malaysia, dinamakan ‘Projek Artikel 11’.

Projek Artikel 11 ialah program yang melibatkan golongan belia yang dibawa mengunjungi rumah ibadat pelbagai agama sebagai sebahagian daripada usaha Impact Malaysia meningkatkan kesedaran masyarakat majmuk di negara ini.

Impact Malaysia merupakan agensi yang diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Iklan mengenai program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuat dalam bahasa Melayu, tetapi telah diturunkan daripada laman Facebook penganjur.

Susulan itu, Pengerusi Penaja Muafakat Nasional Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin, antara yang mendedahkan program itu kepada umum, mengecam Menteri Belia dan Sukan daripada DAP, Hannah Yeoh.

Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang usaha mempromosi agama lain dalam kalangan umat Islam ialah jenayah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang negeri.

Menurut MKini, Zawawi berkata JAIS akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggar peraturan mengikut Seksyen 5 dan 6 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam).

Seksyen 5 menyebut bahawa seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seorang belum dewasa yang beragama Islam supaya menerima ajaran dalam mana-mana agama bukan Islam; atau supaya menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah atau aktiviti keagamaan mana-mana agama bukan Islam; atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan untuk faedah mana-mana agama bukan Islam.

Mereka yang melanggar seksyen ini boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Seksyen 6 menyebut mengenai kesalahan mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa-apa ucapan atau peruntukan sesuatu mengenai agama lain.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Zawawi berkata mana-mana NGO perlu berhati-hati dalam penganjuran program melibatkan sensitiviti agama dan menghubungi Jais atau Jabatan Mufti Selangor sekiranya terdapat kemusykilan.

“Kerajaan negeri Selangor berharap pihak JAIS dan Jabatan Mufti dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak terutamanya berkenaan garis panduan program keagamaan di rumah ibadah agama lain,” katanya.

Che’GuBard bidas menteri Islam, Hannah Yeoh isu program gereja

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
1,617 kes poligami tanpa kebenaran direkod di Selangor sejak 2019
March 7, 2023· Isu semasa
Ceramah Ustaz Wadi pula batal, Selangor nafi campur keputusan JAIS
March 5, 2023· Isu semasa
Ceramah Ustaz Wadi di Selangor pula dibatalkan
March 5, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok