SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan

January 21, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengesahkan sebuah syarikat yang baru-baru ini melantik orang kuat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengerusi, disiasat kerana melanggar peraturan pasaran modal.

Pengawal selia pasaran modal itu bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut kerana perkara berkenaan berada dalam mahkamah, lapor MalaysiaNow.

Laporan itu mengatakan Farhash Wafa Salvador yang juga bekas Pengerusi PKR Perak, dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Apex Equity Holdings Bhd, sebuah syarikat yang terlibat dalam pegangan pelaburan, pembrokeran saham, pembangunan hartanah dan pinjaman wang, tidak lama selepas SC melancarkan siasatan terhadap syarikat itu.

Individu berusia 40 tahun itu, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar dan terkenal sebagai penyokong setia kepada perdana menteri itu, turut dinamakan pengerusi syarikat rangkaian runcit 7-Eleven, lapor portal berkenaan.

Langkah itu mencetuskan perdebatan mengenai hubungan antara dunia korporat dan ahli politik yang mempunyai peranan pada peringkat tertinggi.

Menurut laporan itu, Apex Holdings menjadi tumpuan siasatan SC, pengawal selia pasaran Malaysia di bawah Kementerian Kewangan, kerana didakwa melanggar Akta Pasaran Modal dan Akta Perkhidmatan serta Akta Syarikat.

Portal berkenaan juga melaporkan, pemegang saham kedua terbesar dalam Apex Equity, ACE Group dilaporkan turut diheret ke mahkamah oleh SC untuk menghalangnya daripada mengawal firma broker saham itu.

SC mendakwa Apex Securities melanggar undang-undang sekuriti, sambil menambah ACE Group bukanlah “syarikat yang layak dan sesuai” untuk menjadi pengawal syarikat itu.

Bulan lalu, memetik fail mahkamah bertarikh 1 Disember 2022, The Edge melaporkan Apex Equity sebagai berkata SC memohon perisytiharan mahkamah bahawa anak syarikatnya Apex Securities Sdn Bhd melanggar undang-undang sekuriti, dan ACE Holdings Bhd, yang merupakan sebahagian daripada ACE Group, secara sedar terlibat dalam pelanggaran itu.

“SC mendakwa Apex Securities melanggar undang-undang sekuriti ‘kerana ACE menjadi pengawal kepada Apex Securities, apabila ACE bukan syarikat yang layak dan sesuai’untuk berbuat demikian,” tambah laporan itu.

ACE Group diketuai Calvin Choong Chee Meng yang dilantik sebagai Pengarah Urusan Apex Equity awal tahun ini.

Syarikat itu juga terlibat dalam pelanggaran akta SC sebelum ini, yang membawa kepada larangan ke atasnya daripada aktiviti pengumpulan dana.

Dokumen mahkamah yang difailkan pada Oktober tahun lepas menunjukkan ACE Group dan Apex Securities berusaha untuk menghalang SC daripada mengenakan syarat tambahan berkenaan dengan Pasaran Modal dan Lesen Perkhidmatan (CMSL) Apex.

Pada 2019, Apex Equity dan anak syarikatnya Apex Securities Sdn Bhd memfailkan tindakan undang-undang terhadap 18 defendan termasuk pemegang sahamnya Lim Siew Kim, anak perempuan pengasas Kumpulan Genting mendiang Lim Goh Tong.

Syarikat itu menuduh mereka cuba mendapatkan kawalan ke atas syarikat dengan melanggar peraturan pasaran modal, menurut portal berkenaan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Cabaran dan peranan wanita berkerjaya semasa era pandemik
August 31, 2021
Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial
January 26, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok