Dakwa PAS lambat bantah, PM kena kecam dalam media sosial

January 26, 2023 · Isu semasa

Pengguna media sosial kecam Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas kenyataannya mendakwa PAS agak terlewat menyatakan pendirian berhubung tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan.

Kenyataan Perdana Menteri (PM) itu dibidas pengguna Facebook dalam ruangan komen media arus perdana Berita Harian dalam artikelnya bertajuk “Anwar kata PAS terlewat bantah tindakan Islamofobia”.

Majoriti pengguna media sosial atas platform tersebut berkata Anwar tidak sepatutnya membuat perbandingan berhubung isu tersebut memandangkan ia adalah isu yang menuntut semua pihak bersatu dalam menentang tindakan Islamofobia.

“Sepatutnya ajak bersatu membantah… ini mencari salah orang.. tak cerdik mana juga dalam Islam dihina sempat pulak pukul saudara semuslim,” kata Zulkifli Isa dalam ruangan komen artikel tersebut.

“Kerajaan yang tak habis-habis kerja nk hentam sana sini.. buat kerja lah,” kata Marlisa Ashni Azman.

Terdapat juga pengguna Facebook yang mencabar jika Anwar berani dalam isu tersebut, pihak kedutaan diminta memanggil Duta Sweden dan menghantarnya pulang jika perlu.

“Bila nak panggil Duta Sweden menghadap dan hantar mereka balik jika perlu?” kata Tun Faisal Ismail Aziz.

Setakat laporan berita ini ditulis, sebanyak lebih 2,000 komen dihantar di ruangan komen Facebook artikel tersebut dengan majoritinya membidas dan menyindir Anwar.

Terdahulu, Berita Harian melaporkan Anwar kerajaan sudah membuat kenyataan yang tegas berhubung tindakan Islamofobia itu.

“Mereka (PAS) ada hak untuk berbuat demikian. Tiada isu mengenai protes (yang akan diadakan esok oleh PAS), mereka harus tunjukkan pandangan mereka.

“Jika PAS mahu lakukan begitu, mereka boleh lakukan tapi kerajaan telah membuat perkara itu (bantahan) malah sudah hubungi Duta Sweden dan nyatakan dengan jelas pendirian Malaysia.

“Kenyataan kita amat tegas tapi mereka (PAS) agak terlewat untuk nyatakan pendirian,” katanya dipetik laporan media tersebut.

Esok, PAS menganjurkan himpunan solidariti anjuran Dewan Ulama PAS Pusat bagi membantah penghinaan terhadap agama Islam oleh seorang pemimpin politik Sweden, baru-baru ini.

Sabtu lalu pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, membakar al-Quran dengan pemetik api.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Kerajaan campuran halang saya hadiri program mereka, kata MB Kedah
March 29, 2023· Politik
Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN
March 29, 2023· Isu semasa
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
March 28, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok