Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok

December 2, 2023 · Isu semasa

Remaja lelaki berusia 13 tahun yang terlibat dalam kes cubaan samun seorang pemandu e-hailing di Taman Keladi, di sini Isnin lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata kes telah dirujuk kepada pendakwa raya dan arahan pertuduhan telah dikeluarkan, lapor Bernama.

“Remaja itu akan dituduh di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini satu klip video yang memaparkan tindakan seorang remaja cuba menikam pemandu e-hailing itu dipercayai sebagai cubaan samun dalam kenderaan di Taman Keladi di sini Isnin lepas, menjadi tular di laman sosial.

Pemandu e-hailing yang merupakan warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun sempat menggigit tangan remaja berkenaan dan merampas pisaunya sebelum remaja itu melarikan diri.

Remaja itu ditahan kira-kira dua jam selepas laporan polis dibuat oleh warga emas berkenaan pada pukul 8 malam pada hari kejadian.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Serangan siber melibatkan perniagaan meningkat di Malaysia: Kaspersky
April 26, 2023
Kalimah Allah: Gereja, paderi tarik balik semakan kehakiman
May 17, 2023
Aliran trafik ke ibu kota masih sesak
May 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024 · Isu semasa
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024 · Isu semasa
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024 · Isu semasa
Gangguan bekalan air bermula esok di Pulau Pinang
January 9, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok