Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual

December 13, 2023 · Politik

Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.

Polis ketika ini sedang menyiasat bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) selepas laporan yang dibuat oleh Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, sebelum ini terhadapnya semasa insiden di Bintulu, Sarawak pada Oktober lalu.

Laporan Utusan Malaysia memetik satu sumber mengesahkan, Agus akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama peguamnya, Zaflee Pakwanteh pukul 10 pagi esok.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya melakukan siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan Mohammad Agus terhadap Wahab yang dipercayai berlaku di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Oktober lalu.

Susulan itu, beliau memaklumkan pihak polis membuka siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

Sebelum ini, media melaporkan Wahab tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang bersama peguamnya pada 30 November lalu.

Pada 29 November lalu, peguamnya mengesahkan bahawa Wahab hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi proses rakaman percakapan berhubung kes fitnah membabitkan Agus.

Terdahulu, Polis Selangor menerima laporan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan dua individu termasuk seorang yang mirip Agus.

Rakaman video berdurasi tiga minit yang tular pada 17 November lalu menjadi topik hangat di media sosial, berikutan individu berkenaan dikenali umum.

Susulan itu, Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Pada sidang media khas berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu, Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
16 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok