Kos umrah meningkat, apa puncanya?

February 15, 2023 · Isu semasa

Selepas pandemik Covid-19 menyerang dunia,  pelbagai urusan tergendala termasuk urusan umrah.

Namun, kini pintu sempadan telah dibuka semula dan umat Islam dari seluruh dunia tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Tanah Suci.

Pun begitu, disebabkan permintaan untuk mengerjakan ibadah tersebut semakin bertambah, pakej-pakej umrah juga dilihat telah naik mendadak mutakhir ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, pakej umrah ini merupakan satu pasaran bebas dan kenaikan harga sukar untuk dikawal.

Menurutnya, sebab utama yang menjadi kepada kenaikan harga ini adalah tiket penerbangan dan juga penginapan.

“Harga tiket penerbangan daripada syarikat luar negara telah meningkat. Justeru, harga bagi pakej umrah juga terpaksa dinaikkan.

“Malah, bukan itu sahaja, terdapat juga syarikat pelancongan yang memonopoli tiket penerbangan ke Tanah Suci,” katanya.

Tambahnya, ia bukan dilakukan oleh pengendali umrah, sebaliknya syarikat pelancongan biasa kerana mereka juga berhak untuk membeli tiket penerbangan tersebut dan menjualnya kembali.

Ahmad Ruzman memberitahu, kenaikan harga ini juga disebabkan kos untuk penginapan, yang mana pemilik-pemilik hotel menaikkan harga apabila mereka melihat permintaan terhadapnya tinggi.

Sebelum pandemik Covid-19, syarikat pengendali umrah boleh ‘kunci’ harga selama enam bulan hingga setahun dengan pemilik hotel.

Tetapi kini, tempoh paling lama untuk menetapkan harga dengan pemilik hotel di sana hanya dua bulan.

Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tour Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, dalam keadaan sekarang, tidak ada jalan untuk menurunkan kos umrah.

Menurutnya, dari sudut peningkatan harga ini kita perlu memahami tentang suasana di Arab Saudi.

“Misalnya, hotel di sana dua tahun ia tidak menerima jemaah kerana pandemik Covid-19 dan itu menyebabkan mereka tiada pendapatan, sedangkan ejen yang memajak hotel itu perlu beroperasi meskipun tiada pelanggan.

“Oleh itu, agak sukar juga untuk kurangkan harga penginapan di sana dan apa yang kami boleh lakukan adalah dengan meminta satu harga yang tidak berubah-ubah oleh pemilik hotel,” ujarnya.

Setelah ibadah umrah dibenar dilakukan semula, Md. Daud juga mendapati, hampir sekali ganda jemaah yang ke Tanah Suci dan pihaknya perlu mencari kapal terbang untuk menghantar pelanggan.

Dari sudut penerbangan, harga akan naik kerana setelah dua tahun tidak beroperasi dan apabila pesawat yang ingin terbang semula memerlukan penyelenggaraan yang memerlukan kos tertentu. Ini juga memberi kesan kepada kenaikan tersebut.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Lesen Emraz Travel digantung Tabung Haji
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
5 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
8 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
8 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
49 minit lalu
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok