Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah

December 13, 2023 · Politik

Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Rosmah memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy bahawa representasi dihantar semalam itu mempunyai isu serius yang perlu dipertimbangkan oleh Peguam Negara, lapor Bernama.

“Kami juga mohon pendengaran kes hari ini dilapangkan sementara menunggu keputusan representasi berkenaan. Pihak kami tidak berniat untuk menangguhkan kes ini,” kata peguam itu.

Ini merupakan representasi ketiga dihantar oleh isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas representasi pertama dan kedua yang dikemukakan masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos lepas masih belum diputuskan oleh AGC.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mengesahkan menerima representasi itu semalam dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi berkenaan belum ditaklimatkan kepada Peguam Negara.

“Representasi itu yang mengandungi isu serius (berhubung pertuduhan) perlu diteliti terlebih dahulu selain kami juga tidak membantah permohonan pembelaan untuk melapangkan prosiding hari ini,” katanya.

Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Rosmah bagi membatalkan kesemua pertuduhan dihadapinya.

Bagaimanapun, Hakim Muniandy tidak membenarkan penangguhan prosiding hari ini dan meminta pihak-pihak terlibat meneruskan dengan hujahan.

Sementara itu, dalam permohonan untuk membatalkan pertuduhan, peguam Amer Hamzah Arshad, yang turut mewakili Rosmah berhujah bahawa anak guamnya tidak akan mendapat perbicaraan yang adil kerana 17 pertuduhan dihadapinya adalah cacat dan mengelirukan.

“Pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan sama.

“Pertuduhan pertama hingga pindaan ke-12 (pengubahan wang haram) adalah kabur serta defektif kerana tidak menyatakan apakah aktiviti haram atau kesalahan predikat daripada mana hasil dikatakan telah diperoleh manakala butiran dalam pertuduhan ke-13 hingga ke-17 (gagal isytihar pendapatan) mengelirukan,” kata peguam itu.

Pendengaran permohonan itu akan bersambung 16 Jan depan.

Rosmah memfailkan notis usul itu pada 4 Okt 2020, memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada kesemua 17 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Rosmah, 72, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Dis 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Perbicaraan bagi kes itu bermula pada 24 Ogos lepas dengan dua saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
16 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok