4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi

February 12, 2023 · Isu semasa

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan empat loji rawatan air (LRA) di Selangor telah beroperasi semula sepenuhnya berikutan penutupan sementara akibat kejadian pencemaran bau di LRA Rantau Panjang.

Empat LRA terbabit ialah Rantau Panjang; LRA1 Sungai Selangor (SSP1); LRA2 Sungai Selangor (SSP2); dan LRA3 Sungai Selangor (SSP3).

Air Selangor berkata berikutan penyambungan semula, bekalan air bersih dan selamat diagihkan secara berperingkat kepada pengguna terjejas mulai 6:30 pagi tadi (Ahad, 12 Februari 2023).

“Pengguna juga boleh melihat senarai kawasan terjejas melalui https://hentitugas.airselangor.com/ dan aplikasi Air Selangor,” kata Air Selangor dalam satu kenyataan di Facebook mereka hari ini.

Pengendali air terbesar di Malaysia berkata tempoh pemulihan bekalan air di kawasan terjejas akan berbeza-beza bergantung kepada jarak dan lokasi premis pengguna.

Air Selangor berkata ia terus menggerakkan bantuan alternatif melalui lori tangki air ke kawasan terjejas, dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan rumah pengebumian semasa gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Pengguna boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi utiliti seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di 15300 untuk maklumat lanjut.

Sehingga jam 10 pagi itu, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai 31 peratus.

Senarai kawasan-kawasan yang sudah pulih boleh dirujuk dalam media sosial Air Selangor. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran loji
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Proses tender terbuka MRT3 berjalan lancar: MRT Corp
August 5, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok