PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi

January 5, 2024 · Politik

Dakwaan kononnya wujud langkah untuk menukar kerajaan dinafikan Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan ia satu sandiwara yang dicipta oleh kerajaan campuran.

Presiden PAS yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata langkah untuk memancing Ahli Parlimen bukan amalan gabungan tersebut, malah dengan keadaan ketiadaan dana mustahil sebarang usaha untuk menukar kerajaan dapat dilaksanakan.

“Kami bergantung kepada rakyat dan pengorbanan mereka bersama PAS sejak penubuhannya hingga kini. Orang yang tidak boleh bertahan melalui ribut dan gelombang politik ini umpama mereka yang mabuk kapal di lautan.

“Sedangkan kerajaan sekarang yang menguasai wang dan dapat mempengaruhi mereka yang mencari segala projek menghasilkan kewangan dengan cara paling mudah.

“Adapun pihak pembangkang pula disekat peruntukan yang wajib diberikan, bahkan dibekukan perjalanan kewangannya dan disita.

“Pada masa sama, pihak yang menyokong pembangkang pula dilakukan sekatan dan disusahkan kerana dianggap menjadi pencabar paling bahaya terhadap kerajaan,” katanya dalam kenyataan Minda Presiden PAS yang bertajuk ‘Gempar Langkah Dubai’.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, PAS bersedia dan berusaha menunggu perubahan kerajaan melalui saluran proses demokrasi Raja Berperlembagaan.

“PAS akan terus bersabar kerana sejak ditubuhkan pada 1951 dengan hanya satu kerusi, parti itu terus beristiqamah dalam semua keadaan walaupun berdepan pasang surut dan naik turun gelombang politik,” katanya.

Ahli Parlimen Marang berkenaan secara sinis turut menyifatkan Kerajaan Perpaduan masih bersikap pembangkang kerana sentiasa mencari kesalahan dan kelemahan pihak lawan.

“Maka cakapnya berdegar-degar, terus tidak menunaikan janjinya, lain yang ditanya lain yang dijawab, atau gelabah bertindak dahulu sebelum disiasat, tangkap dahulu sebelum nyata penyiasatannya.

“Kerajaan Perpaduan yang melangkah laksana anak ayam kehilangan ibu, kerana ibunya ke sana ke mari mencari makanan dengan meninggalkan anaknya sehingga boleh disambar helang yang sentiasa mencari peluang. Bapak ayam pula memang tidak mempedulikan anak kerana sibuk mengejar ayam betina lain,” katanya.

Semalam Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wujud ‘Langkah Dubai’ iaitu satu cubaan menjatuhkan kerajaan campuran yang dipercayai mahu dilaksanakan akhir bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut mengakui bahawa rancangan sulit berkenaan hanya satu usaha yang membuang masa.

Beliau berkata, sebarang langkah menukar kerajaan menerusi akuan bersumpah (SD) bukan satu cara yang baik.

“Laporan dari segi perisikan memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke tempat itu (di Dubai). Laporan selepas itu kami peroleh juga, tapi pada hemat kami, langkah itu hanya membuang masa,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
3 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
20 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok