Diskaun PTPTN dihentikan, Menteri KPT kata MOF yang tentukan

October 5, 2023 · Isu semasa

Keputusan sama ada insentif diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diteruskan dalam Belanjawan 2024 atau tidak, tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan (MOF), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu, media melaporkan cadangan langkah kerajaan campuran untuk tidak meneruskan insentif diskaun bayaran balik pinjaman pendidikan tersebut yang bakal diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 nanti.

“Apa-apa perkara mengenai perkara itu (insentif diskaun bayaran balik PTPTN), ia tertakluk kepada keputusan MOF,” katanya kepada media selepas merasmikan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 malam tadi.

Menurutnya setakat ini tempoh diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN yang telah tamat pada 31 Mei lepas seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lepas tidak dilanjutkan.

“Setakat ini, kita telah tidak lagi meneruskan itu (melanjutkan tempoh insentif),” katanya ketika ditanya jika ada berita baik untuk peminjam PTPTN dalam Belanjawan 2024 berhubung diskaun bayaran balik pinjaman.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelaksanaan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus berkuat kuasa mulai 1 Mac hingga 31 Mei lepas.

Ia meliputi empat kategori seperti diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman; diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang; diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik; dan diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata KPT memberi tumpuan kepada tiga perkara dalam Belanjawan 2024 iaitu pendigitalan, penyelidikan dan inovasi serta kediaman pelajar.

“Kita (KPT) mengharapkan supaya kerajaan menyokong permohonan kita untuk kita menerap dan mengaplikasi pendigitalan dalam kita menjayakan dan mengurus mentadbir ekosistem pendidikan tinggi dalam negara.

“Kita percaya melalui pendigitalan akan dapat meningkat dan melonjakkan lagi usaha kita untuk memastikan terus cemerlang dalam sektor pendidikan tinggi,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
18 jam lalu· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
18 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok