Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN

August 10, 2023 · Isu semasa

Orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau lokasi pengundian sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini diingatkan merancang perjalanan susulan peningkatan trafik dijangka mencecah sehingga 1.9 juta kenderaan sehari di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata pengguna lebuh raya dijangka akan menghadapi tempoh perjalanan yang lebih panjang di lebuh raya berikutan peningkatan kenderaan antara 11 hingga 12 Ogos ini berbanding hari-hari biasa, menurut laporan Bernama.

“Bagaimanapun bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selesa, PLUS telah membuat persediaan merangkumi aspek pengurusan operasi serta kemudahan lebuh raya di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (RnR) agar kesemuanya berada pada tahap yang terbaik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, PLUS juga menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan, naik taraf atau pembinaan yang memerlukan penutupan lorong di lebuh raya bermula 11 hingga 13 Ogos, kecuali melibatkan kerja-kerja kecemasan seperti pengalihan kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.

Selain itu, PLUS juga memastikan semua kemudahan awam seperti tandas, surau serta stesen minyak di kawasan RnR serta hentian sebelah beroperasi 24 jam sehari untuk menampung kehadiran pengunjung, katanya.

Pengguna lebuh raya juga digalakkan untuk berhenti rehat setiap dua jam pemanduan dan menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan oleh rakan niaga kami di RnR sebelum menyambung semula perjalanan.

Beliau berkata maklumat trafik juga boleh diperoleh dengan memuat turun Aplikasi PLUS, atau mengikuti akaun Twitter@PLUSTrafik, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih dan talian PLUSLine di 1800-88-0000.

Berita berkaitan
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Isham dakwa kena desak letak jawatan dengan pemimpin UMNO yang pro-DAP
September 12, 2023· Politik
Perbicaraan kes saman taikun terhadap Sanusi ditetapkan 25 Oktober
August 25, 2023· Politik
Puad sokong Zahid kekal Presiden, tak perlu buat pemilihan semula
August 25, 2023· Politik
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
19 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
20 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok