Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar

November 29, 2023 · Politik

UMNO Sabah didakwa sudah berpecah kepada dua kem ketika ini dan ia dijangka akan melemahkan parti tersebut dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada tahun depan.

Dua kem UMNO di Sabah tersebut terdiri daripada kumpulan yang menyokong Pengerusi negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar, mendakwa Bung cuba menafikan situasi yang sedang dihadapi UMNO Sabah .

“Ahli-ahli UMNO Sabah sebenarnya telah berpecah kepada dua kelompok walaupun cuba dinafikan oleh Bung Moktar.

“Sebagai aktivis politik yang pernah menjadi barisan hadapan membantu UMNO Sabah sejak 1999, ahli-ahli termasuk pemimpin UMNO Sabah sememangnya telah berpecah kepada dua kumpulan.

“Tiada protes terbuka pimpinan dan ahli-ahli UMNO Sabah, kemudian dijadikan indeks kononnya majoriti pimpinan dan ahli UMNO sokong Bung bekerjasama dengan Shafie Apdal jelas satu kebodohan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ahad lalu, media melaporkan Bung Moktar menafikan spekulasi pihak tertentu yang mendakwa UMNO Sabah kini berpecah kepada dua kumpulan.

Katanya, jika ada pun kumpulan dalam UMNO Sabah, ia bukan kerana berpecah dari kepimpinan, sebaliknya beberapa kumpulan pemikir diwujudkan untuk merangka pelan strategi berkesan bagi memenangi hati rakyat pada PRN akan datang.

Zulkarnain juga berkata, hakikat sebenar UMNO Sabah telah kehilangan sokongan akar umbi UMNO menerusi data yang menunjukkan trend ini akan terus meningkat menjelang PRN-17.

“Maklumat terkini yang kami perolehi dari badan bebas secara jelas menunjukkan majoriti ahli UMNO di peringkat akar umbi masih menolak kerjasama dengan Parti Warisan Sabah.

“Sebelum ini, langkah kudeta UMNO dan Warisan menumbangkan kerajaan pimpinan Hajiji juga menjadi penyebab utama lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO keluar parti.

“Antaranya ialah Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk Hamid Awang (Balung) dan Datuk James Ratib (Sugut),” katanya.

Katanya lagi, UMNO Sabah telah kehilangan ramai pemimpin pelapis masa hadapan yang telah berhijrah beramai-ramai keluar menyertai Parti Gagasan termasuk Datuk Jamawi Ja’afar.

“Rakyat Sabah termasuk ahli-ahli UMNO Sabah pernah merasai betapa dahsyatnya berada dalam pemerintahan Parti Warisan yang diketuai oleh Shafie Apdal.

“Isu pengangguran meningkat, ekonomi Sabah jatuh merudum, isu kronisme Semornasisai, kegagalan membawa masuk pelabur ke Sabah serta UMNO hanya bertahan selama dua hari memerintah Sabah sebelum diguling Shafie Apdal,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Menteri Kesihatan perlu beri penjelasan calon BN Pengkalan Chepa guna sijil palsu?
November 9, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok