Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan

November 13, 2023 · Isu semasa

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan perlahan dan sesak setakat 5 petang ini, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jurucakap LLM ketika dihubungi Bernama berkata trafik perlahan sepanjang 23.9 kilometer di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dari Km 74.7 hingga ke Km 50.8 menghala ke Kuala Lumpur berikutan pertambahan kenderaan, lapor Bernama.

“Trafik turut perlahan dan sesak dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak akibat aliran trafik tinggi,” katanya.

Beliau berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari utara menuju Lembah Klang juga perlahan dan sesak ditambah dengan keadaan cuaca yang hujan di beberapa tempat.

“Situasi sama juga berlaku dari arah selatan menuju ke Kuala Lumpur dan tiada lorong yang terhalang serta pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati ketika memandu,” katanya.

Sementara itu, LLM dalam hantaran menerusi laman sosial X memaklumkan terdapat kejadian banjir kilat di Km 19 dari susur Lebuhraya Persekutuan ke Bangsar dengan hanya satu lorong telah dibuka dan trafik dilaporkan perlahan.

Selain itu, trafik juga perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara dari Bandar Gamuda Cove ke Bandar Saujana Putra disebabkan aliran trafik tinggi dan cuaca hujan.

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Tiga ahli Dewan Muslimat PAS maut ketika cuba bantu mangsa kemalangan
October 20, 2023· Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023· Isu semasa
PRN: Aliran trafik lebuh raya utama masih lancar
August 12, 2023· Politik
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok