Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia

October 27, 2022 · Isu semasa

Kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng berhubung pelantikan menteri dan Perdana Menteri (PM) Malaysia daripada kaum selain Melayu dan Islam, mendapat kecaman netizen yang rata-rata menyuruh beliau belajar bercakap bahasa Kebangsaan dengan fasil terlebih dahulu.

Dalam kenyataannya pada satu sidang media yang disiarkan di Awani hari ini, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu menasihati rakyat supaya tidak terjerat dengan isu perkauman dan agama, sekiranya mahu melihat negara terus maju.

“Kalau kita nak negara maju ke depan, jangan kita masih terjerat dalam isu-isu kaum dan agama. Tengok dekat Great Britain sekarang seorang daripada kaum minoriti… seorang yang berketurunan India dan Hindu boleh jadi perdana menteri.

“Kita sekarang masih keluarkan tohmahan berdasarkan agama dan bangsa. Ya… kita (PH) sokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri… jangan ada tanggapan lain bila seorang bukan Islam jadi menteri, dilemparkan bantahan berdasarkan keturunan kita… berdasarkan bangsa, latar belakang kita.

“Semata-mata itu sahaja. Macam mana boleh cakap bahawa kita hormati semua rakyat Malaysia, tak kira kaum dan agama. Jadi itu bukanlah kerajaan Malaysia yang rakyat mahu,” kata Guan Eng.

Namun, sehingga berita ini ditulis terdapat lebih 2,000 komen netizen yang kebanyakannya mengecam kenyataan beliau.

Antaranya, Ezany, yang menegur Guan Eng sambil berkata PM baharu Britain Rishi Sunak tidak berkiblatkan India, selain berasimilasi dengan penduduk tempatan.

“Dia (Sunak) menguasai bahasa ibunda negara dia dilahirkan dengan begitu baik. Dia faham dan ikut Perlembagaan Negara dia (Britain).

“Kamu (Guan Eng) nak jadi macam PM UK, boleh saja. Asalkan kamu berkiblatkan Perlembagaan Malaysia. Itu pun kalau boleh lah,” katanya.

Seorang lagi, HrSykrn ShfZkh menempelak Guan Eng kerana cepat mengambil contoh daripada negara lain untuk dijadikan rujukan dalam sesuatu isu.

“Bab cari ‘contoh’, cepat je jadikan rujukan.. Bukan isu kaum.. Kita nak pemimpin yang betul-betul Malaysia.. Tengok PM baharu UK tu.. ada bahasa dia pelat-pelat pekat? Ada bahasa dia terbelit-belit dengan bahasa kaum dia??

“Ini bercakap pun pelat itu ini, bahasa berterabur.. Ada hati nak tunjuk lagi berkuasa,” katanya.

Cik Rembulan pula menyuruh Guan Eng tinggal di United Kingdom (UK) kerana kemungkinan boleh menjadi PM negara itu.

“Cuba lah saudara Lim Guan Eng p (pergi) duduk UK.. manalah tahu boleh jadi perdana menteri di sana..malaysia ni tak terima bangsa lain jadi perdana menteri..hati kami masih terluka dengan isu 30 ringgit,” katanya.

Mohd Hanip pula berkata:

“PM UK asal India pun dia tak cakap guna bahasa Tamil dalam urusan rasmi kerajaan. Beza dengan Malaysia.. dapat kuasa saja habis ubah bahasa semua sampai urusan kerajaan pun nak diMandarinkan.. Apa yang payah sangat semua guna Bahasa Melayu?,” soalnya.

Kata Mohamed Kasim Abd Razak “Lahir di Malaysia…bercakap bahasa Melayu pun tak fasih…berkiblatkan negara lain…macamana nak jadi PM Malaysia….jadi pm tepi pun tak layak…”.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
20 kawasan di Semenanjung dalam amaran gelombang haba Tahap 1
April 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
May 10, 2024 · Isu semasa
Dulu kempen tangkap, sekarang kerajaan Anwar sambung kontrak Azam
May 10, 2024 · Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok