Kumpulan terus desak pengeluaran KWSP bersasar, gesa kerajaan kasihani rakyat

February 4, 2023 · Isu semasa

Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) digesa membenarkan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar, kata Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat (PGIR).

Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata sebelum ini pemimpin PH sendiri yang juga mendesak kerajaan sebelum ini supaya meluluskan pengeluaran KWSP tetapi kini selepas menjadi kerajaan membisu pula, malah tegasnya ramai rakyat kini terjejas kehidupan mereka.

“Tuntutan kami kali ini bersasar sebab kita tak mahu lihat perbelanjaan tidak terkawal atau pencarum tak terkesan, ambil kesempatan mengeluarkan simpanan KWSP untuk ‘berjoli’.

“Daripada kajian senarai pencarum, kami mencadangkan kelulusan diberi kepada tiga juta pencarum.

“Setakat ini, PGIR juga menerima laporan dan aduan seramai 320,000 pencarum terkesan. Jumlah ini hanya diperoleh daripada borang aduan dibuat PGIR dan belum mengambil kira jumlah sebenar pencarum di luar yang betul-betul terkesan,” katanya dipetik laporan BH.

Jelasnya lagi, kerajaan baharu ini perlu mengasihani rakyat kerana ramai antara mereka yang sedang berdepan tekanan hidup, malah ada yang dikejar untuk membayar Ah Long.

“Kami merayu dan berharap Perdana Menteri serta kerajaan baharu ini, membenarkan pengeluaran KWSP.

“Bantulah rakyat dan kasihani mereka. Kami menerima banyak aduan yang berdepan kesempitan hidup sehingga mengundang keruntuhan institusi keluarga, ada juga yang rumah terpaksa dilelong, dikejar bank dan Ah Long.

“Sehingga hari ini sebenarnya, masih ramai lagi rakyat yang dibuang kerja dan ada juga sampai hari ini tak dapat pekerjaan tetap. Ada yang terpaksa kerja cuci pinggan, walhal sebelum ini mempunyai pekerjaan yang bagus,” katanya.

Terdahulu PGIR menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Global Human Rights Federation (GHRF), bagi memperjuangkan tuntutan KWSP bersasar 2.0.

Menerusi kerjasama dengan GHRF, PGIR akan membawa empat usul tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut kategori dan keperluan.

Antaranya, beliau berkata, suri rumah dan ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak aktif lagi mencarum dibenar mengeluarkan semua simpanan bagi menyara kelangsungan hidup.

Selain itu, katanya, bekas pekerja swasta yang tidak lagi mencarum kerana diberhentikan kerja, berhenti sukarela, baru berhenti dan tidak mempunyai pekerjaan tetap kerana faktor usia dan kesihatan, juga perlu dibenarkan mengeluarkan semua simpanan persaraan mereka.

Pencarum yang masih aktif mencarum, berusia 54 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan Akaun 1 melebihi RM20,000 juga perlu dibenar mengeluarkan 30 peratus daripada jumlah itu.

Usul keempat, katanya, pencarum yang masih aktif mencarum, mempunyai baki simpanan Akaun 1 RM19,999.99 dan ke bawah, boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan dan meninggalkan baki sebanyak RM200 dalam Akaun 1 dan 2.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok