499 perniagaan sokong jika GST diperkenalkan semula, kata FMM

June 2, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 499 perniagaan memberi sokongan padu kepada pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 2.0 sedia ada memandangkan GST dilihat menawarkan struktur cukai yang lebih adil dan menghapuskan cukai bertindih dan tambahan yang biasanya ada dalam rejim SST.

Dalam satu kenyataan, Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) berkata respons itu adalah berdasarkan satu tinjauan yang dibuat oleh FMM mengenai pengenalan semula GST pada Mei 2020, lapor Bernama.

Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada antarabangsa berikutan GST tidak dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan yang dieksport, manakala GST yang dibelanjakan ke atas input dapat diperoleh semula di sepanjang rantaian bekalan.

“Selain itu, memandangkan sistem asas cukai yang luas ini akan meningkatkan cukai tidak langsung, ia akan menawarkan fleksibiliti kepada kerajaan untuk mengurangkan cukai langsung (cukai pendapatan individu dan cukai korporat) untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi perniagaan yang lebih menarik,” tambahnya.

Memandangkan kerajaan kini menumpukan kepada pemulihan ekonomi, Soh berkata pengeluar perlu mengutamakan masa dan tenaga mereka untuk membangunkan semula perniagaan.

Oleh itu, pengenalan semula GST tidak sewajarnya dipertimbangkan secara berasingan, sebaliknya sebagai sebahagian daripada penilaian holistik sistem cukai di Malaysia dan kedudukan fiskal negara, katanya.

“Walaupun pengenalan cukai penggunaan yang menyeluruh akan mengukuhkan kedudukan fiskal negara, GST 2.0 harus mudah diuruskan, tetapi tidak meningkatkan kos untuk menjalankan perniagaan,” katanya.

Berikutan perubahan dan peralihan kepada GST 2.0 berkemungkinan adalah mencabar, beliau berkata FMM menyeru kerajaan untuk berunding dengan semua pihak berkepentingan melalui proses semakan semula yang terperinci bagi memastikan kejayaan pelaksanaan rejim cukai yang berkesan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok