Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis

November 25, 2023 · Politik

Penganalisis melihat kejatuhan ‘rating’ penerimaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang teruk juga disumbang oleh kegagalan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Terdahulu, Merdeka Center dalam kajian terbaharunya mendedahkan tahap kepuasan terhadap Anwar merosot kepada 50 peratus di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat berhubung prestasi ekonomi Malaysia.

Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, berdasarkan tinjauan Merdeka Center, kajian ini boleh menterjemahkan kegagalan menteri yang bertanggungjawab dalam ekonomi apabila rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan dalam pemulihan ekonomi negara.

Beliau berkata, Rafizi yang terkenal dengan pelbagai formula untuk menyelesaikan ekonomi negara sebelum ini telah meletakkan harapan dan tanggapan kepada rakyat bahawa beliau boleh melakukan magik untuk memulihkan ekonomi negara.

“Bagi saya Rafizi dari awal telah duduk di kementerian yang salah. Malah keputusan kerajaan memecahkan kementerian kepada tiga yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi juga terburu-buru iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Maka sudah semestinya tidak ada penyelarasan yang baik apabila dasar polisi berkaitan ekonomi dikemudi tiga kementerian berbeza tetapi teras yang sama.

“Justeru saya berpandangan, rombakan Kabinet perlu disegerakan bagi menyusun semula Kabinet dan dilantik Menteri yang sesuai, wibawa dan memahami denyut nadi rakyat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Semalam, Merdeka Center mendedahkan kajian bahawa hanya 31 peratus pengundi berpandangan negara pada hala tuju betul, manakala 60 peratus berpandangan hala tuju negara ke arah salah.

Isu ekonomi menjadi kebimbangan utama pengundi, dengan 78 peratus menyatakan isu ekonomi menjadi perkara paling utama didepani rakyat hari ini, jelas badan pemikir itu.

Alasan besar (responden yang beranggapan negara menuju ke arah menyimpang) melibatkan isu ekonomi (56 peratus), kestabilan politik (13 peratus), dan kelemahan pentadbiran (9 peratus).

Kaji selidik mencerminkan jangkaan pengundi kepada pihak pentadbiran bagi menjana semula pertumbuhan ekonomi, termasuk menangani kebimbangan berlarutan terhadap inflasi dan pertumbuhan gaji rendah.

Merdeka Center berkata, kaji selidik dilaksana dengan dana sendiri membabitkan 1,200 pengundi merangkumi 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, 7 peratus India, 6 peratus bumiputera Islam, dan 6 peratus bumiputera bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, mencerminkan profil pengundi negara.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
3 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
21 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok