Gempa bumi lemah Kundasang turut dirasai di Gunung Kinabalu

April 26, 2022 · Isu semasa

Gegaran akibat gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter pada jam 9.28 pagi tadi bukan sahaja dirasai di sekitar Kundasang di sini, tetapi turut dirasai di Gunung Kinabalu.

Malim gunung Joeythine Musin, 29, berkata beliau bersama beberapa pendaki sedang mula turun dari Gunung Kinabalu pagi ini apabila tiba-tiba mereka merasai gegaran sekitar beberapa saat.

Beliau berkata gegaran itu tidak menyebabkan kejadian tidak diingini seperti runtuhan batu-batu di gunung itu, lapor Bernama.

“Ya ada pendaki sama saya di sini. Atas gunung (Gunung Kinabalu) pun ada rasa (gegaran juga) tapi tiada batu jatuh, rasa macam biasa saja dia orang (pendaki) bilang tadi,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Sementara itu, Ketua Stesen substesen Panalaban, Taman Kinabalu, Julaimin Kamin berkata keadaan terkawal di check point Sayat-Sayat dan Kompleks Panalaban di Gunung Kinabalu dan tiada situasi kecemasan berlaku akibat gemba bumi itu.

“Seramai 104 orang dijadual mendaki Gunung Kinabalu hari ini, manakala semalam seramai 110 orang mendaki gunung itu,” katanya.

Seorang peniaga barangan bundle di Kundasang di sini Nordiana Zuhaidi, 34, berkata beliau merasai gegaran itu yang berlaku dalam masa amat singkat apabila berada di kedainya di sini pagi tadi.

“Dalam beberapa saat sahaja (gegaran) terperanjat juga tetapi saya tidak panik, selepas itu periksa kedai dan kawasan sekitar semua baik. Telefon juga bomba dan mereka kata semua baik, syukur tiada apa-apa,” katanya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah berkata sehingga kini tiada panggilan kecemasan diterima daripada penduduk mengenai kejadian tersebut.

“Gegaran memang dirasai akibat gempa bumi tadi, jadi penduduk dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Ramadan 2021 penuh dugaan, umat Islam Malaysia tetap sabar diuji
May 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok