PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji

November 13, 2023 · Politik

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diawalkan.

Hajiji, yang juga Presiden Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025, lapor Bernama.

“Walaupun kita masih mempunyai tempoh dalam dua tahun lagi namun siapa tahu kemungkinan pilihan raya akan kita awalkan?” katanya dalam ucapan dasar Persidangan Agung Tahunan 2023 Gagasan Rakyat di sini hari ini.

Justeru, beliau berkata jentera Gagasan Rakyat perlu bersedia dan bekerja keras bagi menghadapi PRN Sabah kerana dua tahun bukan tempoh yang lama.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Hajiji bagaimanapun berkata beliau belum mempunyai ‘ilham’ untuk tarikh pilihan raya tersebut.

Hajiji juga berkata dalam menghadapi PRN Sabah akan datang, beliau berharap tiada lagi cubaan rampasan kuasa dibuat seperti pada awal tahun ini yang boleh menjejaskan kestabilan politik negeri.

Pengerusi GRS itu berkata ia antara titik hitam dalam politik Sabah yang amat mengecewakan kerana dilakukan oleh segelintir pemimpin iaitu rakan dalam kerajaan negeri sendiri dan ia telah mengakibatkan segala urusan pentadbiran negeri terganggu.

Tanpa menamakan pemimpin atau kumpulan itu, beliau berkata kerajaan negeri nyaris lumpuh serta hilang kelayakan untuk meneruskan pentadbiran dan pemerintahan malah mendatangkan kegusaran kepada rakyat Sabah sendiri yang bimbang jika berlaku PRN sekali lagi.

Hajiji berkata ketidakstabilan politik serta perubahan yang kerap di Sabah termasuk menukar Ketua Menteri boleh menyebabkan dasar kerajaan sebelum ini tidak dapat diteruskan dan ini merencatkan pembangunan negeri ini sendiri.

“Membangunkan negeri memerlukan jangka masa munasabah selain komitmen serta iltizam kerajaan untuk merealisasikan matlamat menjadikan negeri lebih maju dan membangun.

“Sabah memerlukan iltizam politik untuk membangun dengan segera. Kuncinya ialah kestabilan dan hanya dengan kestabilan, Sabah mampu dibangunkan serta dimajukan,” katanya.

Beliau berkata atas faktor kestabilan politik dan kepentingan rakyat, GRS memutuskan untuk bersama Kerajaan Perpaduan seterusnya memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok