Ramadan 2021 penuh dugaan, umat Islam Malaysia tetap sabar diuji

May 12, 2021 · Isu semasa

Ramadan tahun ini penuh cabaran dan dugaan dihadapi umat Islam yang menunaikan ibadah berpuasa. Provokasi terhadap agama Islam dan sikap tidak sensitif segelintir kecil penganut bukan Islam mencalarkan imej kepelbagaian masyarakat majmuk di Malaysia.

Awal Ramadan, insiden dua pengawal peribadi dipukul majikan berbangsa Cina hanya kerana berpuasa menggemparkan negara.

Dua pengawal peribadi dibelasah majikan hanya kerana berpuasa.

Insiden tersebut mendapat perhatian masyarakat khususnya umat Islam yang sedang menyambut ketibaan Ramadan, walaupun tertuduh sudah dihadapkan ke muka pengadilan tetapi luka di hati masih dirasai.

Tergamak seorang warganegara Malaysia yang sepatutnya memahami makna hidup dalam masyarakat majmuk memperlakukan dua pekerjanya seperti binatang dengan dipukul seolah tidak ada harga diri.

Mujur tindakan pantas segera diambil, syabas pihak berkuasa atas tindakan segera.

Selepas tular insiden dua pengawal peribadi dipukul, timbul pula iklan judi atas talian GDBET333 yang seakan mengajak umat Islam yang mahu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya mendapatkan khidmat perjudian mereka bagi meraih wang berganda.

Iklan GDBET333 yang mencemarkan kesucian Ramadan dan sambutan Aidilfitri apabila mengajak orang ramai berjudi untuk mendapatkan wang berhari raya.

Sekali lagi umat Islam diuji ketika sedang berpuasa. Kita dihina dengan dianggap sanggup mengejar wang ringgit sehingga terlupa hukum halal haram. Lebih malang lagi, pelakon dalam video tersebut adalah mereka yang beragama Islam.

Jangan lah kekangan kewangan dijadikan alasan hingga sanggup menggadaikan maruah agama sendiri dan menghina agama kita sendiri.

Belum reda dua provokasi ini, sekali lagi umat Islam diuji apabila tular pula lukisan mural tidak senonoh di dinding Balai Seni Kuala Selangor dalam media sosial kerana memaparkan gambar tiga gadis berbogel.

Lukisan mural tiga gadis bogel dilukis pada dinding Balai Seni Sasaran Kuala Selangor mencetuskan kemarahan umat Islam.

Lebih malang lagi, kelulusan diberikan kepada pelukis mural tersebut oleh Majlis Daerah Kuala Selangor dan mengakui tidak mengetahui berhubung bentuk atau jenis mural yang akan dilukis.

Jelas pelukis mural tersebut tidak sensitif sama sekali walhal diketahui ketika itu umat Islam sedang berpuasa dalam bulan yang dianggap suci buat penganutnya.

Tidak boleh kah lukisan tersebut ditunda ke suatu tarikh lain dan mengapa perlu tergesa-gesa mahu disiapkan sehingga menimbulkan prasangka cubaan provokasi semasa bulan Ramadan?

Terbaharu, tular pula di Pulau Pinang satu binaan replika lembu memakai songkok dan kain samping di Bulatan Jalan Air Itam yang mengundang kemarahan umat Islam sekali lagi.

Binaan patung menyerupai lembu di Bulatan Bukit Bendera, Jalan Ayer Itam, Pulau Pinang, yang dipakaikan songkok, kain samping dan digantungkan replika ketupat di lehernya seakan-akan untuk menyambut Aidilfitri.

Walaupun permohonan maaf sudah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang, persoalannya mengapa setahap itu kebodohan seorang pemimpin parti politik yang tidak tahu mengenai sensitiviti umat Islam di Malaysia?

Ujian bertubi-tubi ini disambut dengan penuh kesabaran umat Islam. Orang Islam sememangnya diajar bersabar dan tabah dalam menunaikan ibadah puasa dan jangan lah kita mudah terjentik dengan provokasi yang hanya akan menambah huru-hara negara.

Walaupun kita akan menyambut Aidilfitri, esok, dalam suasana perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan adalah sewajarnya kita bersabar dan patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah digariskan kerajaan.

Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 diumumkan bermula 12 Mei hingga 6 Jun.

Tidak perlu lah kita menunding jari menyalahkan sebelah pihak semata-mata yang dipengaruhi dengan hasutan berbaur politik, niat kerajaan untuk menyelamatkan nyawa rakyat perlu kita hargai pada ketika penularan Covid-19 semakin mengganas.

Keadaan aman negara perlu disyukuri rakyat. Bersyukur lah pada ketika saudara seagama kita di bumi Palestin dihujani peluru dan roket, kita di sini masih dapat menyambut Aidilfitri dengan tenang. Berdoa lah juga agar keamanan di bumi Palestin dikembalikan.

Kasihani lah juga petugas barisan hadapan kita yang sedang bertungkus-lumus melawan Covid-19. Mereka juga seperti kita yang mahu berhari raya bersama keluarga namun demi tugas sanggup berkorban untuk negara.

Para petugas kesihatan merawat seorang pesakit sedang bertarung nyawa berdepan serangan Covid-19

Esok, bersyukur lah dapat memakai baju baharu menyambut Aidilfitri tetapi bagi petugas barisan hadapan mereka akan tetap menyarung seragam untuk menyambung tugas di tempat kerja sama ada di hospital, pusat kuarantin mahu pun di sekatan jalan raya.

Jika kita merungut tidak dapat balik kampung atau menziarahi sanak saudara, petugas barisan hadapan kita pula terpaksa meninggalkan anak, suami dan isteri demi tugas mereka kepada negara pada awal pagi Hari Raya Puasa nanti.

Sama-sama lah kita meringankan beban mereka. Jangan lah kita menjadi penyumbang kes jangkitan baharu dan menangis kering air mata kehilangan insan tercinta.

Berita berkaitan
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Ahli Parlimen dilarang guna ‘kafir’, ‘zionis’ dan ‘yahudi’ semasa berbahas: Speaker
October 23, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
Rayuan wanita cabar keputusan murtad Mahkamah Syariah ditolak
August 28, 2023· Isu semasa
Popular
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Pekerja berusia 50 tahun ke atas ditawar VSS, umum Telekom Malaysia
July 25, 2023
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok