Tak wajar arak jenama Timah dipromosi secara terbuka: YADIM

October 18, 2021 · Isu semasa

Tindakan mempromosi arak jenama Timah yang menjadi kontroveri kebelakangan ini adalah tidak wajar sama sekali, kata Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Badan tersebut membantah penjualan arak jenama itu kerana jelas haram di sisi Islam, selain membawa keburukan kepada masyarakat.

“Meskipun ada sebahagian agama membenarkan arak, tidak sewajarnya dipromosi secara terbuka dan meluas kepada seluruh masyarakat yang majoritinya adalah dalam kalangan Muslim.

“Mereka boleh menghasilkan dan mengedar arak secara terhad kepada golongan yang dibenarkan dengan pilihan jenama lain yang banyak di pasaran tanpa menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

YADIM juga menganggap, tindakan syarikat berkenaan yang melancarkan jenama arak itu secara rasmi pada 7 Oktober yang lalu ketika umat Islam akan menyambut peristiwa kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW juga satu tindakan provokatif.

“Tindakan pihak terbabit yang tidak sensitif terhadap sentimen masyarakat Muslim di Malaysia ini memberikan imej yang buruk kepada kerajaan.

“Tindakan berterusan memprovokasi sentimen umat Islam ini harus segera dihentikan kerana dikhuatiri akan menggugat keharmonian yang menjadi teras kestabilan negara,” ujarnya lagi.

Katanya, pihaknya kesal kerana biarpun arak berjenama itu sudah didaftarkan cap dagangan sejak 2019 dan menerima anugerah antarabangsa sejak 2020, polemik yang timbul ini seolah mengulangi kembali kontroversi terhadap penggunaan jenama yang biasa dengan masyarakat Melayu Muslim.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok