Kaukus Ganja Perubatan ditubuhkan

October 14, 2021 · Isu semasa

Sekumpulan ahli parlimen rentas parti bersetuju untuk menubuhkan Kaukus Ganja Perubatan bagi mengkaji isu kawal selia penggunaan ketum serta ganja perubatan bagi mengurangkan kemudaratan sebagai salah satu perubatan alternatif yang diiktiraf negara.

Dalam kenyataan dikeluarkan pengerusi kaukus tersebut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, penubuhan badan berkenaan selaras dengan usaha untuk mengembangkan industri ketum dan ganja perubatan di Malaysia yang boleh memberi manfaat kepada industri kesihatan negara dan rakyat tempatan.

“Sebagai sebahagian dari rangka kerja awal, Kaukus Ganja Perubatan akan bertemu dengan pakar kesihatan, penyelidik, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan berkaitan serta kementerian yang terlibat bagi mendapatkan pandangan untuk pembentukan dasar.

“Hasil daripada penubuhan badan ini, Kaukus Ganja Perubatan akan mengemukakan draf cadangan untuk perhatian kerajaan Malaysia bagi memastikan pesakit yang bergantung kepada kaedah perubatan ketum dan ganja perubatan dapat dijaga melalui sistem kesihatan negara,” katanya.

Selain Syed Saddiq, ahli lain kaukus tersebut ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (UMNO-Pengerang), Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam), Xavier Jayakumar (bebas-Kuala Langat), Darell Leiking (Warisan-Penampang), Dr Kelvin Yii (DAP-Bandar Kuching), Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) dan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas).

Syed Saddiq yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar lantang bersuara di Dewan Rakyat bagi menggesa agar kerajaan meneliti perbincangan yang terperinci berhubung kelulusan ganja sebagai rawatan alternatif.

Katanya, dia berharap kerajaan dapat membentangkan kertas kerja yang mengikut data dan sains mengenai manfaat dan keburukan dalam meluluskan industri hemp dan rawatan ganja.

Pada 5 Oktober lalu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan perlu melihat dari perspektif yang lebih besar dalam mengembangkan keperluan industri ganja perubatan.

Katanya, ia melibatkan beberapa pindaan akta berkaitan Kementerian Kesihatan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok