Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan

September 21, 2023 · Isu semasa

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berdepan siasatan bawah Akta Hasutan ekoran kritikan terhadap kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Siasatan terhadap peguam terkenal tersebut disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menurut laporan BH.

“Saya sahkan,” katanya ringkas dipetik laporan.

Semalam, Zaid menerusi ciapan di X berkata, beliau akan disoal siasat mengikut Seksyen 223 Akta Hasutan.

Mohd Zaid bagaimanapun, tidak menyatakan akan disiasat berkaitan isu apa.

Peguam berpengalaman itu berkata, beliau hanya mahukan ruang kecil untuk bercakap dan berfikir secara bebas.

“Kita tidak pernah meminta bantuan, gelaran atau jawatan pengerusi agensi atau syarikat berkaitan kerajaan(GLC). Kami tidak pernah meminta melepas tanpa membebaskan (DNAA). Adakah itu pun keterlaluan?” katanya.

“Saya mengharapkan hujung minggu yang baik, tetapi tidak. Esok saya akan disoal siasat oleh Bukit Aman.

“Mengapa mereka tidak boleh menjadi lebih baik kepada lelaki tua yang tidak membahayakan sesiapa,” katanya.

Mohd Zaid berkata, beliau hanya ingin menyatakan pandangan dalam laman sosial.

“Saya hanya suka ‘tweet’, kita tidak ada masa atau kecenderungan untuk melakukan kerosakan, tidak ada masa menghasut atau mendatangkan bahaya kepada sesiapa,” katanya.

Berita berkaitan
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
28 minit lalu· Isu semasa
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
5 jam lalu· Politik
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023· Isu semasa
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
December 7, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok