Walaupun ringgit jatuh, Anwar kata ekonomi negara masih berdaya saing

November 2, 2023 · Isu semasa

Kejatuhan nilai ringgit tidak menjejaskan ekonomi negara ketika ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri itu berkata tidak wajar kejatuhan ringgit terburuk direkodkan sejak 1998 itu dijadikan kayu pengukur kepada keadaan ekonomi negara sekarang ini.

“Keadaan yang sama turut dialami oleh mata wang serantau seperti yen Jepun, baht Thailand, won Korea, renminbi China, dan peso Filipina yang turut menyusut berbanding dengan dolar AS pada tahun ini.

“Walaupun nilai mata wang ringgit menurun berbanding dolar AS, namun ekonomi Malaysia masih kekal berdaya tahan disokong permintaan domestik yang mampan.

“Pertumbuhan terus diterajui perbelanjaan sektor swasta berikutan penambahbaikan berterusan dalam pasaran buruh, pelaksanaan projek pelaburan berbilang tahun serta aktiviti pelancongan yang lebih rancak,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman web Parlimen semalam.

Sebagai sebuah negara perdagangan dan ekonomi yang terbuka, Perdana Menteri berkata permintaan terhadap ringgit akan dipengaruhi oleh faktor global.

Dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu, jelasnya kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting mengurangkan impak kejutan luaran terhadap aktiviti ekonomi domestik.

“Pemulihan kestabilan pasaran dunia, penambahbaikan sentimen pelabur dan lebihan penerimaan pertukaran wang asing yang dipengaruhi oleh kegiatan teras ekonomi negara dijangka akan dapat memperkukuhkan nilai ringgit.

“Langkah jangka masa pendek yang diambil oleh Bank Negara (BNM) akan tertumpu kepada usaha memastikan pelarasan ringgit berada dalam keadaan teratur.

“Untuk menangani kemeruapan pasaran pertukaran asing, BNM akan terus menguruskan risiko-risiko dari perkembangan domestik dan luaran serta bersedia untuk menggunakan instrumen dasar operasinya bagi memastikan keadaan pasaran yang teratur,” katanya.

Dalam jangka masa panjang, Perdana Menteri berkata, nilai ringgit boleh diperkukuh melalui pelaksanaan polisi struktur yang berupaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara bagi menarik aliran masuk dana dan pelaburan asing yang berkualiti.

Tambahnya, langkah ini termasuk usaha bagi mentransformasi ekonomi negara yang dipandu oleh Kerangka Ekonomi MADANI menerusi dasar seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) .

“Selain itu, pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti negara serta komitmen kerajaan terhadap pengukuhan kemampanan fiskal menerusi pembentangan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) dijangka akan membantu mengukuhkan nilai ringgit,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok