“Untold Story jadi Unsold Story”, kata Takiyuddin

May 25, 2023 · Isu semasa

Persidangan Dewan Rakyat hari ini tegang selepas Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bangkit mempertikai perjalanan Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat.

Beliau mempersoalkan sama ada kerajaan mempunyai RUU lain untuk dibentangkan kerana hanya ada dua RUU saja dalam senarai AUM sedangkan persidangan Dewan Rakyat masih berbaki tujuh hari.

“Mengikut aturan mesyuarat ada dua RUU yang akan dibawa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) dua sahaja. Kalau kita lihat DR 18 dan DR 19 ini, kedua-duanya hanya satu Fasal iaitu memberi kuasa kepada menteri untuk menggantung kuat kuasa.

“Soalan kami di pihak pembangkang, Datuk Yang Dipertua, hari ini baru hari yang keempat. Kita ada tujuh hari lagi (persidangan). Adakah pihak kerajaan tidak mempunyai apa-apa RUU untuk tujuh hari lagi?

“Apakah kerajaan ingin membuat surprise (kejutan) sebagaimana RUU insolvensi bacaan kali pertama 22 hari bulan, 23 hari bulan dibahas dan diputuskan? Tidak ada masa untuk ahli Parlimen membincang dan memikirkan perkara ini. Sudahlah tidak ada apa-apa penjelasan. Kerajaan yang dulu, pentadbiran yang dulu…apa-apa RUU dipanggil semua ahli Parlimen, menteri bagi penjelasan dulu. Ini hari berikutnya anda paksa kami untuk berdebat RUU itu. Saya mahu perkara ini direkodkan. Adakah ada RUU lagi untuk tujuh hari lagi? Kalau ada, bila?

“Mungkin kementerian-kementerian sibuk untuk mengadakan filem Untold Story, sudah menjadi Unsold Story sekarang ini. Ini penting. Ini Dewan Rakyat, rakyat melihat. Saya mohon penjelasan perkara ini,” katanya yang disambut sorakan wakil rakyat pembangkang.

Sebelumnya, Ahli Parlimen Kota Bharu itu bangkit membacakan Peraturan Mesyuarat 15 (1) dan 48 selepas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Ugak Anak Kumbong mencadangkan supaya persidangan hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga Rang Undang-Undang (RUU) Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 bacaan kali kedua dan RUU Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023 selesai dibahas serta diputuskan.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut bangun dan menegaskan sekiranya kerajaan tidak lagi mempunyai RUU untuk dibawa, sepatutnya ruang itu diberi kepada usul persendirian untuk dibahaskan.

Dewan Rakyat kemudiannya direhatkan dua mini dan ditambah 10 minit lagi selepas ahli Parlimen pembangkang memohon undi belah bahagian bagi memutuskan cadangan supaya persidangan hari ini ditangguhkan selepas dua RUU dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) diputuskan.

Namun keputusan diumumkan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor tidak memihak pembangkang selepas pengiraan dibuat.

“Yang bersetuju sejumlah 83, tidak bersetuju 52 dan tidak mengundi 1 (iaitu) saya. Tidak hadir 86. Jadi jumlah keseluruhan 222. Maka usul 12 (1) dipersetujui, setiausaha jalankan tugas,” katanya.

Berita berkaitan
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
18 jam lalu· Isu semasa
Akta pendanaan politik: Anwar lupa agenda reformasi
19 jam lalu· Isu semasa
Memang berusaha nak jatuhkan kerajaan tapi bukan guling atas jalan: Idris Ahmad
June 4, 2023· Politik
Kalau dia luar biasa, kerajaan tambah kukuh: kata Puad kepada Asyraf
June 3, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
41 minit lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
16 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok