Harga roti Gardenia naik 1 Disember

November 25, 2021 · Isu semasa

Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) dilaporkan akan menaikkan harga bagi38 produk keluarannya berkuat kuasa 1 Disember ini, menurut surat yang dikatakan diedar kepada peruncit bertarikh hari ini.

Gardenia KL berkata, peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan mereka meletakkan syarikat itu dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga.

Gardenia KL memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.

“Semakan harga itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.

“Harga produk lain yang disemak semula juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.

“Semakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan,” menurut surat itu.

Tambah kenyataan itu, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.

“Gardenia KL akan terus memberi tumpuan menggiatkan usaha kami untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami.

“Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan berharap anda memahami keputusan sukar yang terpaksa kami laksanakan,” kata surat itu..

Berdasarkan senarai tersebut, sebanyak 38 produk tersenarai dan akan mula dijual pada harga baharu bermula dari tarikh tersebut.

Berikut adalah senarai harga baharu produk roti Gardenia seperti yang tular dalam surat berkenaan:

  1. Gardenia Original Classic RM2.80
  2. Gardenia Original Classic Jumbo RM4.00
  3. Gardenia Bonanza Big Value RM3.10
  4. Gardenia Wholemeal RM3.60
  5. Gardenia Bran & WheatGerm RM2.90
  6. Gardenia 100% WholeGerm With Canadian Purple Wheat RM4.00
  7. Gardenia Bonjour – Le Classique Sesawhite with Sunflower Seeds RM4.30
  8. Gardenia Sommerset Cottage – Multi Grain & Seeds RM4.70
  9. Gardenia Delicia – Choco Raisin RM5.00
  10. Gardenia Delicia – Butterscotch RM5.00
  11. Gardenia Delicia – Raspberry Milk & Cranberries RM5.00
  12. Gardenia Toast’em – Butter Raisin RM5.00
  13. Gardenia Tiastem – Pandan Coconut RM5.00
  14. Gardenia Sandwich Bread Rolls RM2.60
  15. Gardenia Squiggles – Funky Strawberry RM1.30
  16. Gardenia Squiggles – Choco Malto RM1.30
  17. Gardenia Fluffy Buns – Corn Custard RM3.70
  18. Gardenia Fluffy Buns – Malty Chocolate RM3.70
  19. Gardenia Fluffy Buns – Adzuki Red Bean RM3.70
  20. Gardenia Puazz! Sambal Bilis RM1.30
  21. Gardenia Puazz! Sambal Mackerel RM2.20
  22. Gardenia Puazz! Kari Ayam RM2.20
  23. Gardenia QuickBites Cream Roll – Vanilla RM1.00
  24. Gardenia QuickBites Cream Roll – Chocolate RM1.00
  25. Gardenia QuickBites Cream Roll – Jagung RM1.00
  26. Gardenia QuickBites Cream Roll – Butter Sugar RM1.00
  27. Gardenia QuickBites – Butter Toffee RM1.20
  28. Gardenia QuickBites – Red Bean RM1.20
  29. Gardenia Double Choc Muffins RM2.00
  30. Gardenia Twiggies – Cream Dream RM1.80
  31. Gardenia Twiggies – Choc-a-Lot RM1.80
  32. Gardenia Twiggies – Tiramisu RM1.80
  33. Gardenia Twiggies – Peanut Butter Bounce RM1.80
  34. Gardenia Waffles – Blueberry RM1.40
  35. Gardenia Waffles – Fresh Egg Vanilla RM1.40
  36. Gardenia Waffles – Chocolate RM1.40
  37. Gardenia Waffles – Orange RM1.40Gardenia NuMee RM1.70

Berita berkaitan
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Harga semasa petrol dan diesel kekal, tiada penurunan
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok