Tokoh wartawan kanan zahir kebimbangan SKMM digunakan untuk sekat berita

August 30, 2023 · Isu semasa

Lapan veteran media tempatan menyatakan kebimbangan apabila kebanyakan kandungan portal berita yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ dan hanya pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan, disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Kebimbangan tokoh wartawan kanan negara itu dibuat susulan tindakan agensi tersebut yang menekan portal-portal berita dengan sekatan dan pelbagai ancaman yang dilihat tidak selari dengan kebebasan bersuara.

Dalam kenyataan itu, mereka juga membangkitkan berhubung tindakan SKMM memanggil pengamal media untuk memberikan penjelasan mengenai kandungan yang dilaporkan menerusi portal berita dan laman dalam talian masing-masing.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kandungan yang dilabelkan sebagai ‘menyinggung’ itu hanyalah laporan dan pendapat yang dianggap kritikal terhadap kerajaan.

“Kami sama sekali tidak dapat menerima sebarang percubaan untuk menggunakan agensi kerajaan seperti MCMC untuk menyoal, menapis atau menyekat portal dan kandungan berita dalam talian.

“Kita sudah lihat bagaimana kerajaan terdahulu, walaupun hanya kerana aduan kecil daripada orang ramai atau pihak elit pemerintah, sudah diambil tindakan dengan pantas walaupun tindakan seumpama itu tidak perlu sama sekali.

“Kami sama sekali tidak bersetuju dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kebelakangan ini bertindak seolah-olah sebagai “big brother” (abang besar) dengan sewenang-wenangnya menyekat kandungan dalam talian,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk A Kadir Jasin, Datuk Hussamuddin Yaacob, Datuk Seri Azman Ujang dan Datuk Dr Chamil Wariya.

Turut serta dalam kenyataan bersama itu ialah Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Dr G Manimaran.

Dalam pada itu, kumpulan itu berkata kerajaan pada hari ini dipilih atas janji untuk membolehkan pengaliran maklumat yang bebas dan untuk menjamin kebebasan media.

“Aduan daripada pengamal media bahawa laman sesawang mereka sudah disekat semakin meningkat. Ia adalah trend tidak sihat yang mesti dihentikan serta merta.

“Kami percaya bahawa badan pengawal selia terbabit mempunyai keutamaan yang lain dan disebabkan itu menyekat laman sesawang bukanlah salah satu daripadanya.

“Walaupun kami memahami internet menjadi pencetus kebencian dan penyebar maklumat yang salah, kami percaya pengamal media adalah individu yang berdisiplin dipandu oleh profesionalisme dan etika,” katanya.

Pada masa sama mereka mengakui media sosial yang tidak terkawal memang akan menjadi masalah dan maklumat salah dan berita palsu sudah sampai pada tahap krisis.

“Bagaimanapun kami juga percaya peranan yang harus dimainkan oleh media bebas di negara ini. Kerajaan mesti memastikan ekosistem yang betul dan persekitaran yang kondusif untuk pengamal media bekerja tanpa rasa takut dan pilih kasih,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok