Telur masih kurang: Gerakan

April 6, 2023 · Isu semasa

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mendapati isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran tempatan masih berlaku, walaupun kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) mendakwa telah menyelesaikannya.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau mendakwa kerajaan PH-BN lambat bertindak menangani isu itu hingga menimbulkan keraguan terhadap keupayaan untuk menangani isu yang lebih besar.

Menurutnya, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Chan Foong Hin berkali-kali menegaskan Malaysia tidak mengalami kekurangan bekalan, namun hakikat sebaliknya.

Beliau berkata dalam sesi soal jawab di Parlimen, MAFS mendakwa Malaysia tidak mengalami kekurangan bekalan telur, jadi peningkatan pengeluaran melalui Program Agropreneur Muda seperti didakwa, adalah tidak wujud.

“Malah, media tempatan sebelum ini melaporkan, empat daerah di Pahang, Jerantut, Bandar Tun Razak, Jengka, Temerloh dan Maran mengalami isu kekurangan bekalan telur sejak awal Ramadan.

“Jika kerajaan tidak boleh menangani masalah ini dengan berkesan, bagaimanakah kerajaan mahu menyelesaikan masalah yang lebih serius?

“Tindakan daripada kerajaan sangat lambat, ia telah menimbulkan keraguan terhadap keupayaan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (6 April 2023).

Dominic berkata kerajaan harus mengambil langkah lebih proaktif untuk meningkatkan pengeluaran dan bukanlah hanya menafikan perkara tersebut kerana import telur dari India hanya satu jalan penyelesaian jangka pendek.

“Sepatutnya kerajaan bekerjasama dengan penternak ladang ayam dan melabur lebih banyak dana untuk meningkatkan produktiviti pertanian serta tahap kemahiran penternak.

“Selain itu, kerajaan juga harus mengurangkan seliaan dan sekatan ke atas pertanian dan penternakan ayam, untuk merangsang inovasi dan daya saing petani dan penternakan ayam” katanya lagi.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok