Sistem uCustoms tak siap, PAC panggil KSP, KP Kastam beri penjelasan

October 28, 2021 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir pada bulan depan berhubung isu sistem uCustoms yang gagal disiapkan.

Menurut laporan Bernama, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya akan mengadakan prosiding selama dua hari berhubung projek tersebut pada 10 dan 18 Nov ini.

“Kami akan memanggil mereka untuk memberikan penjelasan kepada pihak PAC terlebih dahulu sebelum kami tentukan saksi-saksi lain yang akan dipanggil,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 2 yang dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ini mendedahkan sistem uCustoms oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi menggantikan Sistem Maklumat Kastam (SMK) gagal disiapkan dalam tempoh 86 bulan walaupun lima lanjutan tempoh masa (EOT) diberikan.

Menurut laporan audit itu, sejumlah RM272.99 juta telah dibayar kepada pembekal dan Pejabat Pengurusan Projek manakala hanya satu Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) berjumlah RM55,660 telah dikenakan.

Wong berkata PAC juga dijangka mengadakan prosiding berhubung isu pembayaran tidak teratur membabitkan Projek Rangkaian Trunk Radio Bersepadu Kerajaan berjumlah RM499.18 juta pada Disember depan.

LKAN Tahun 2020 yang dikeluarkan hari ini mendapati bayaran tuntutan kos penyenggaraan projek berkenaan telah dibayar tanpa pengesahan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Berita berkaitan
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Penyata Kewangan pada 2022 teratur dan kemas kini: Laporan Ketua Audit
October 11, 2023· Isu semasa
Selepas pendedahan PAC, MINDEF nafi AGC tak dilibatkan dalam perjanjian LCS
October 10, 2023· Isu semasa
MINDEF dibidas PAC ekoran perjanjian dimerterai tanpa persetujuan AGC
October 9, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok