Penyata Kewangan pada 2022 teratur dan kemas kini: Laporan Ketua Audit

October 11, 2023 · Isu semasa

Rekod perakaunan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Dis 2022 diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini, demikian menurut kenyataan Ketua Audit Negara.

Menurut kenyataan itu, secara keseluruhannya Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan satu gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun tersebut, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran dengan perenggan Hal-hal Lain telah dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, LKAN mendapati bagi 2022, hasil Kerajaan Persekutuan berjumlah RM294.357 bilion, iaitu peningkatan RM60.605 bilion atau 25.9 peratus berbanding 2021 (RM233.752 bilion).

“Peruntukan muktamad perbelanjaan mengurus yang diluluskan RM236.966 bilion, manakala perbelanjaan mengurus berjumlah RM292.693 bilion dan lebihan hasil RM1.664 bilion telah dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan menjadikan perbelanjaan mengurus sebenar pada 2022 berjumlah RM294.357 bilion.

“Perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap merupakan perbelanjaan tertinggi RM170.243 bilion atau 57.8 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang di Dewan Rakyat hari ini.

LKAN dibentangkan di Parlimen setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 26 Sept lepas dan laporan itu mengandungi 15 naskhah membabitkan dua di peringkat Persekutuan iaitu Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 dan Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021.

Sebanyak 13 naskhah lagi adalah LKAN peringkat negeri mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Tahun 2022.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut menyatakan perbelanjaan pembangunan kementerian dan jabatan Persekutuan yang dibelanjakan berjumlah RM71.574 bilion (104.5 peratus) berbanding peruntukan diluluskan, termasuk perbelanjaan pembangunan RM6.068 bilion yang dikenakan dalam tempoh Akaun Kena Bayar.

Bagi perbelanjaan Kumpulan Wang Covid-19 pada 2022 berjumlah RM30.979 bilion, perbelanjaan tertinggi melibatkan Program Sokongan Bantuan Sosial untuk Golongan Mudah Terjejas (RM9.043 bilion), dan Program Bantuan Prihatin Nasional (RM7.910 bilion).

“Program Diskaun Bil Elektrik (RM5.876 bilion), Program Subsidi Upah, Insentif Pengekalan Pekerjaan dan Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan (RM2.323 bilion) dan Program Peruntukan bagi Perbelanjaan Berkaitan Covid-19 (RM1.848 bilion),” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga terus berada dalam kedudukan defisit berjumlah RM99.482 bilion dengan nisbah 5.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2022, manakala hutang Persekutuan pada akhir tahun 2022 adalah RM1,079.591 bilion, iaitu meningkat RM99.777 bilion (10.2 peratus).

Kedudukan Liabiliti Persekutuan pula berjumlah RM1.399 trilion, iaitu meningkat sebanyak RM94.116 bilion atau 7.2 peratus (2021: RM1.305 trilion) yang menyaksikan nisbah Liabiliti Persekutuan kepada KDNK adalah 78.1 peratus, iaitu menurun berbanding 84.3 peratus pada 2021.

Sementara itu, LKAN bagi Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021 yang sepatutnya dibentangkan pada Mac lepas telah dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat pada kali ini.

Kenyataan itu menyatakan, setakat 31 Dis 2022, sebanyak 141 penyata kewangan siap diaudit dan dikeluarkan Sijil Ketua Audit Negara manakala empat penyata kewangan masih dalam proses pengauditan.

“Daripada 141 penyata kewangan tersebut, 102 penyata kewangan telah diberikan Sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran, 21 penyata kewangan telah diberikan Pendapat Tanpa Teguran dengan perenggan Penegasan Perkara dan 18 penyata kewangan telah diberikan Pendapat Berteguran.

“Pengauditan pematuhan turut dijalankan terhadap lapan agensi Persekutuan melibatkan sejumlah 13 isu yang dibangkitkan dan setakat semalam (9 Okt), sebanyak empat isu atau 31 peratus selesai manakala sembilan isu (69 peratus) sedang dalam tindakan agensi Persekutuan berkenaan.

Menurut LKAN, antara isu berbangkit termasuk pembayaran tidak teratur, kehilangan hasil dan isu pengurusan signifikan.

LKAN mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022 dan LKAN mengenai Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2021 akan dimuat naik di laman web Jabatan Audit Negara mulai pukul 10 pagi hari ini.

LKAN peringkat negeri pula yang melibatkan 13 negeri akan dimuat naik di laman web sama, selepas pembentangan di Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok