PAC akan mula prosiding berhubung Pengurusan Dana HRD Corp pada Isnin

October 19, 2023 · Isu semasa

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung isu Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan Human Resources Development Corporation (HRD Corp) pada Isnin ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata pihaknya akan memanggil Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia, Datuk Amran Ahmad, sebagai saksi, laporan Bernama.

“Walaupun isu itu tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), namun PAC menggunakan punca kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 77 (1) (d) Dewan Rakyat untuk mengadakan prosiding ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, katanya, prosiding membabitkan Felcra Berhad yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhkan berikutan Pengarah Pengurusan syarikat WZR Property Sdn Bhd., Datuk Wan Nadzir Wan Mohamad tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

“Untuk berlaku adil kepada beliau dan syarikat, PAC memerlukan keterangan dan penjelasan Datuk Wan Nadzir memandangkan beliau terlibat dengan perkara yang ingin disiasat oleh PAC.

“Susulan itu, saya mohon supaya saksi berkenaan untuk hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan terhadap isu ini,” katanya.

Selain itu, berkenaan pembentangan bagi Laporan Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE), Kementerian Kesihatan (KKM), Mas Ermieyati, berkata PAC telah selesai mengadakan Mesyuarat Penyediaan Laporan (Housekeeping) pada 16 dan 17 Okt lalu.

Katanya, isu itu telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, selain telah mengadakan prosiding pada 15 Jun, 22 Ogos, 14 Sept, dan 21 Sept dengan 12 saksi telah dipanggil untuk membantu siasatan.

“Malah, isu ini turut didebatkan oleh ramai ahli Dewan Rakyat ketika membahaskan LKAN semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 pada 6 Jun 2023,” katanya.

PAC dijangka membentangkan laporan bagi isu berkenaan pada 30 Okt ini.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat pekerja MYAirline berhubung tunggakan gaji
November 1, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok