Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar

June 9, 2023 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memfailkan permohonan agar mahkamah sivil dapat menentukan sama ada pengampunan yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliputi kedua-dua hukuman dan sabitan jenayah, lapor Malaysiakini.

Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS memfailkan permohonan itu pada 31 Mac lalu untuk menguatkan pembelaannya terhadap saman fitnah Anwar.

Menurut laporan itu, isu fakta yang dipohon oleh Sanusi adalah untuk memutuskan jika pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15 kepada Anwar pada 16 Mei 2018 itu adalah pengampunan penuh yang bukan sahaja mengenepikan hukuman penjara plaintif tetapi juga mengetepikan sabitan Anwar di mahkamah jenayah.

Antara persoalan undang-undang yang diminta Sanusi adalah sama ada pengampunan yang diberikan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan berupaya mengenepikan sabitan jenayah.

Menerusi pemfailan itu, Sanusi berkata pernyataan pembelaannya terhadap tindakan fitnah cuba bergantung kepada rekod kes jenayah Anwar sebelum ini yang melibatkan sabitan dan hukuman penjara.

Defendan menegaskan bahawa plaintif – dalam jawapan kepada pembelaan – berpendapat bahawa Sanusi tidak boleh bergantung kepada rekod sedemikian kerana pengampunan telah mengenepikan bukan sahaja hukuman penjara ke atas Anwar tetapi juga sabitan jenayahnya.

Sanusi berkata bahawa mahkamah perlu menentukan sejauh mana pengampunan itu kerana pembelaannya bergantung kepada hujah bahawa kenyataannya – yang didakwa Anwar sebagai fitnah – sebenarnya adalah berdasarkan fakta yang didakwa.

Defendan berkata hujah pembelaannya, antara lain juga bergantung kepada dakwaannya bahawa dokumen pengampunan berkenaan tidak menyatakan sebab pengampunan kepada Anwar.

“Plaintif mendakwa bahawa pengampunan tersebut adalah satu pengampunan penuh yang bersifat mengakas/mengenepikan keseluruhan hukuman dan sabitan jenayah yang sedang dan/atau telah dihadapi oleh plaintif.

“Atas sebab itu, plaintif mengatakan bahawa defendan telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap plaintif apabila menyebut kembali beberapa sabitan jenayah yang telah dihadapi oleh plaintif.

“Walaubagaimanapun, tidak ada kenyataan yang jelas di dalam pengampunan tersebut dan juga undang-undang yang menyatakan bahawa pengampunan yang diberikan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan boleh mengakas/ mengenepikan kesemua sabitan jenayah ke atas plaintif,” kata Sanusi.

Bagaimanapun, dalam afidavit balasnya yang difailkan pada 25 April, Anwar membangkitkan bantahan awal terhadap permohonan Sanusi dengan menyatakan bahawa badan kehakiman tidak mempunyai bidang kuasa untuk meneliti isu pengampunan yang merupakan prerogatif Yang di-Pertuan Agong bawah Perkara 42 Akta Perlembagaan Persekutuan.

Anwar berhujah bahawa permohonan Sanusi sepatutnya ditolak kerana perkara pengampunan tidak boleh diputuskan oleh undang-undang atau mahkamah.

Ketika dihubungi, peguam defendan Yusfarizal Yusoff memberitahu Malaysiakini pengurusan kes selanjutnya perkara itu telah ditetapkan di Mahkamah Tinggi di Alor Setar pada 28 Jun.

Pada 13 Disember tahun lalu, Anwar memfailkan tindakan sivil terhadap  Sanusi berhubung ucapannya semasa berkempen di Tambun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berita berkaitan
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023· Politik
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Kerajaan Anwar dikecam selepas Zahid bebas, Ambiga kata pembaziran kerja pendakwa raya
September 4, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
11 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
11 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
18 jam lalu · Isu semasa
Suspek tikam isteri ditahan reman tujuh hari
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
8 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok