Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir

December 26, 2021 · Isu semasa

Kebanyakan mangsa banjir baru-baru ini berkongsi keadaan kediaman mereka yang bukan sahaja dipenuhi air, malah turut sama membawa kekotoran.

Kesan lumpur adalah antara yang sukar ditanggalkan dengan kaedah cucian biasa.

Fasa seterusnya yang menyukarkan mangsa banjir ialah membersihkan kediaman. Bagaimanapun, proses itu boleh dilakukan dengan mudah menggunakan peralatan yang sesuai.

Perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Jodie ini boleh dijadikan panduan.

“Aku tinggal di Pantai Timur, banjir agak biasa di sini.

“Jadi aku senaraikan barang yang aku guna untuk bersihkan rumah selepas banjir. Harap dapat manfaat untuk semua,” titipnya.

Menurut bebenang yang dikongsikan, terdapat tujuh peralatan yang memudahkan proses bersihkan kawasan rumah selepas banjir.

Menurutnya, peralatan pertama yang diperlukan ialah Water Jet. Ia antara yang paling penting kerana akan menjimatkan masa dan tenaga  untuk bersihkan lumpur.

Selain itu, peralatan yang diperlukan ialah penyodok air. Bagi keselamatan pengguna, beliau menyarankan sarung tangan supaya tangan tidak melecet dan selamat. Ini kerana air banjir itu air kotor.

Kemudian, pakailah but plastik kalis air. Jelasnya, apabila banjir lumpur kita tidak nampak binatang atau objek tajam. Tidak ketinggalan, sediakan plastik sampah tahan lasak (heavy duty).

Beli plastik sampah yang heavy duty, barulah ia tidak mudah terkoyak. Tidak ketinggalan, dalam proses pembersihan, orang ramai boleh menggunakan pasir kucing untuk  menyerap bau lumpur.

Selepas banjir bau kediaman sangat busuk dan ia sukar untuk disingkirkan. Jadi gunakan penyegar udara dan tingkap pula pastikan dibuka.
Bagaimanapun, sebelum menggunakan barang-barang tersebut, Jodie mengingatkan supaya mengocak air banjir terlebih dahulu untuk membuang lumpur.

Manakala barang-barang rumah juga perlu dibasuh berulang kali untuk menghilangkan bau busuk.

Selepas dikeringkan kemudian barulah disembur air menggunakan water jet.

Tips yang dikongsikan ini sangat berguna untuk membersihkan kotoran banjir di rumah.

Malah ia juga praktikal ketika membantu mencuci kediaman mangsa-mangsa banjir.

Berita berkaitan
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
17 jam lalu· Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023· Isu semasa
Popular
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
9 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
22 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok