Semua perlu ambil tanggungjawab pulihkan negara, jangan tunding jari

November 10, 2021 · Isu semasa

Bagi memastikan langkah pemulihan negara berjaya, semua pihak digesa memainkan peranan masing-masing dengan tidak hanya menunding jari mencari salah orang lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata pendekatan bersepadu melibatkan peranan semua pihak diperlukan sekiranya mahu melihat negara keluar daripada cabaran krisis kesihatan Covid-19 yang melanda negara.

“Seperti yang selalu saya tekankan di sini pendekatan bersepadu seluruh negara atau dengan izin approach perlu dihayati dan dijayakan oleh setiap seorang daripada rakyat negara yang tercinta ini.

“Janganlah ada di antara kita hanya berpeluk tubuh. tahu menuding jari, mencari salah orang lain seolah-olah kita sahaja yang betul. Sebaliknya masing-masing perlu mengambil tanggungjawab untuk memulihkan negara ini secara bersama-sama,” katanya di Dewan Rakyat semasa perbahasan Bajet 2022 hari ini.

Tidak dinafikan pandemik Covid-19 merupakan cabaran getir dihadapi negara malah dunia, ia secara tidak langsung menunjukkan penting untuk negara memiliki sistem kesihatan yang lebih baik, kata mantan Perdana Menteri itu.

“Selepas melalui episod getir pandemik covid-19, lebih setahun lamanya, tidak boleh kita nafikan pentingnya untuk menambah baik sistem kesihatan di negara kita.

“Semasa saya menjadi perdana menteri, saya telahpun mencadangkan pelan induk pembaharuan sistem penjagaan kesihatan Malaysia dengan izin, ini dibangunkan,” katanya lagi.

Bagi tujuan itu, kerajaan digesa agar menambah baik fasiliti kesihatan dan juga menjaga kebajikan para petugas keihatan di dalam negara kita, disamping meneroka industri penghasilan ubat-ubatan berasaskan sumber asli negara.

“Sistem kesihatan kita hampir lumpuh impak daripada pandemik yang di luar dugaan ini. sejumlah peruntukan yang besar perlu menambah baik fasiliti kesihatan dan menjaga kebajikan para petugas kesihatan di dalam negara kita.

Namun pada masa yang sama kita juga perlu agresif meneroka potensi industri farmaseutikal untuk meningkatkan keupayaan Malaysia dalam menghasilkan perubatan berasaskan kekayaan sumber asli tempatan.

“Langkah ini akan dapat mengurangkan kebergantungan ubat-ubatan import dan meningkat akses ubat-ubatan untuk semua,” katanya lagi.

Mengambil iktibar pandemik yang melanda negara dan memberi kesan besar terhadap ekonomi dan kehidupan harian orang ramai, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata kerajaan perlu memperuntukkan dana yang mencukupi bagi memastikan negara sentiasa bersedia dalam berdepan sebarang ancaman penularan wabak yang jarang jumpa selepas ini.

“Kerajaan juga wajar memperuntukkan sejumlah dana yang mencukupi bagi membiayai intervensi kesihatan terhadap penyakit jarang jumpa ataupun termasuk pembiayaan ubat-ubatan di bawah pelan program khusus pembangunan vaksin melalui Institut Genom dan vaksin Malaysia mesti diwujudkan bagi meningkatkan kesiapsiagaan kesihatan awam negara dalam menghadapi sebarang ancaman pandemik pada masa yang akan datang,

“Sistem penjagaan kesihatan juga perlu memberikan tumpuan pada aspek penjagaan kesihatan mental untuk mewujudkan sistem sokongan yang kukuh kepada rakyat terutamanya kumpulan yang menghadapi masalah tekanan kerja yang serius seperti frontliners iaitu petugas barisan hadapan kesihatan dan juga keselamatan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok