Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak

October 5, 2021 · Isu semasa

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya” yang bermaksud mendidik anak-anak biarlah dari ketika usianya masih kecil.

Dalam konteks ini, setiap ibu bapa mahu memberi yang terbaik untuk anak-anak dan mahu mereka membesar dengan sihat, kemudian melihat mereka cemerlang dalam pelajaran dan melihat anak-anak memiliki kerjaya.

Bagi merealisasikan semua itu,  ibu bapa harus bermula dengan cara didikan anak dengan betul dan pastinya cara didikan anak-anak bermula sedari kecil.

Angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha , sering berkongsi tip keibubapaan dalam Instagram miliknya. Ayah kepada enam orang anak ini banyak berkongsi pengalaman dan ilmunya mendidik anak-anaknya seawal usia bayi lagi.

Antara aktiviti yang menjadi perhatian ibu bapa di luar sana ialah cara Dr. Sheikh Muszaphar  selamkan anak dalam air seawal enam bulan, latih anak sehingga boleh berjalan seawal tujuh bulan, mendedahkan anak kepada pelbagai aktiviti seperti menunggang kuda, berenang, mengaji al-Quran dan bermain piano.

Hasilnya, anak-anaknya membesar dengan hebat tanpa disekat dari menjadi kanak-kanak

yang periang. Misalnya,  sulungnya, Bella mendapat tempat pertama di sekolah aliran Mandarin dan agama. Bella juga khatam al-Quran seawal usia enam tahun dan pemegang tali pinggang merah taekwondo.

Bagi para ibu bapa yang sedang cari kaedah didikan anak-anak, mungkin boleh cuba stail didikan anak-anak oleh Dr. Sheikh Muszaphar ini.

1) Teknik Flashcards

Dr Sheikh Muszaphar mula mendidik dua anak lelaki kembarnya semasa bayi lagi. Beliau menggunakan kad bergambar sama ada gambar haiwan, nombor atau buah-buahan.

Cara ini bagus untuk merangsang daya fokus serta kecekapan minda bayi. Lakukan teknik flashcards seperti yang dilakukan oleh Dr Sheikh Muszaphar sebanyak lima kali sehari dan ulang teknik ini seminggu sekali. Dan membantu anak lebih fokus.

2) Utamakan kesihatan anak-anak

Beliau sangat menjaga dan menitik beratkan kesihatan anak-anak semenjak usia anak-anak masih kecil lagi. Pengambilan vitamin seperti vitamin C dan makanan tambahan yang mengandungi DHA sangat membantu perkembangan otak.

Bukan itu saja, mengamalkan gaya hidup sihat sejak anak-anak masih kecil akan meninggalkan kesan pada anak-anak untuk terus mengikuti amalan gaya hidup sihat ketika mereka dewasa nanti.

3) Banyakkan aktiviti dan kemahiran untuk anak

Dr. Sheikh Muszaphar sangat menyokong segala aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak beliau. Malah dirinya juga mengasah bakat serta kemahiran anak seperti mengaji al-Quran, belajar bahasa asing, menunggang kuda, mengikuti kelas seni mempertahankan diri dan macam-macam lagi sejak usia anak masih kecil.

Menurut Dr. Sheikh Muszaphar, segala aktiviti yang dilakukan sejak mereka masih kecil akan merangsang pelbagai kemahiran dan potensi diri. Selain itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar tidak sesekali memandang rendah pada kebolehan diri anak-anak dalam melakukan segala aktiviti ini.

Anak-anak memiliki kebolehan dan tenaga yang tinggi dalam mengikuti ke semua aktiviti yang ikuti mereka. Di samping itu,  apabila anak-anak telah mengikuti segala aktiviti ini semenjak mereka masih kecil, tubuh dan minda mereka akan mudah membentuk dan mengikuti semuanya sebagai rutin harian mereka.

4) Ajar anak membaca seawal usia tiga tahun

Menurut perkongsian Dr Sheik Muszaphar, beliau mula mengajar anak perempuannya membaca ketika anaknya berusia tiga tahun. Pada usia tiga tahun ini, ibu bapa harus asah minat anak membaca buku dengan banyakkan membaca buku-buku bergambar yang menarik.

Ini kerana anak-anak yang terdedah dengan perkataan , gambar rajah dan kisah-kisah dari buku cerita yang dibacakan oleh ibu bapa kepada mereka, akan merangsang daya ingatan mereka dan pada usia tiga tahun inilah daya ingatan anak menjadi sangat kuat dan sesuai untuk mulakan aktiviti membaca pada usia tersebut.

5)Teknik kawalan pernafasan

Beliau berkongsi rahsia anak-anaknya boleh bernafas dalam air selama 30 saat dengan mengawal pernafasan sejak anak-anaknya berusia dua bulan lagi. Menariknya, beliau mengajar anak-anaknya berenang dan tidak takut air.

Caranya sebelum menyiram air pada kepala anak, Dr Sheikh Muszaphar akan membuat kiraan 1 2 3 sebelum menjirus air dari atas kepala anak.

Ini bertujuan agar anak dapat bersedia dan tahu untuk menarik nafas mereka. Dr Sheikh Muszaphar melakukan teknik ini setiap kali waktu anak-anak mandi setiap hari sehinggalah usia anak menjejak enam bulan.

6) Semai cita-cita dalam diri anak sejak kecil

Seperti cara Dr. Sheikh Muszaphar, beliau menerapkan impian menjadi seorang doktor pada anak-anak perempuan semenjak mereka kecil lagi. Apa yang Dr Sheikh Muszaphar lakukan adalah:

  • Bisikan cita-cita tersebut pada anak-anak sebelum tidur
  • Tampal gambar cita-cita (contoh: doktor/cikgu) pada hujung katil, di mana objek pertama yang anak-anak akan lihat apabila bangun pada waktu pagi adalah gambar impian tersebut
  • Belikan barangan yang berkaitan dengan cita-cita tersebut untuk anak-anak (contohnya: set mainan doktor/ polis/ guru)
  • Bawa anak-anak melawat tempat kerja berkaitan dengan cita-cita yang ingin diterapkan tersebut
  • Lakukan permainan role play bersama anak-anak

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
China rancang siapkan stesen angkasa dengan misi Shenzhou-14
June 5, 2022· Dunia
Konflik Ukraine: Tiga angkasawan Russia, AS bersama kembali ke bumi
March 30, 2022· Dunia
SpaceX bawa empat angkasawan selamat mendarat
November 9, 2021· Dunia
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok