Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat

September 28, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini (Rabu, 28 September 2022) mengesahkan beliau akan mengetuai pembelaan Datuk Seri Najib Razak dalam permohonan semakan kehakiman keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir bekas Perdana Menteri itu pada 23 Ogos lalu.

“Ya, saya kembali semula (untuk semakan). Saya juga telah menulis (kepada) Mahkamah Persekutuan untuk meminta tarikh perbicaraan awal bagi semakan itu,” kata Shafee kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.

“Selain itu, anak guam saya Najib juga telah memfailkan (petisyen untuk) pengampunan (diraja),” katanya menurut Theedge.

Menurut Shafee, Najib memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja kerana percaya dia tidak diberi perbicaraan penuh dan adil di Mahkamah Persekutuan.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos menolak rayuan terakhirnya terhadap sabitan kesalahannya membabitkan anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah oleh hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali terhadap tujuh pertuduhan membabitkan SRC.

Tujuh pertuduhan itu terdiri daripada satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan Inc (KWAP) RM4 bilion kepada SRC, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah melibatkan RM42 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos untuk menolak rayuan terakhir Najib terhadap sabitan kesalahannya membabitkan SRC, bekas Presiden UMNO itu pada 1 September memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja.

Pada 6 September lepas, Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, memfailkan permohonan semakan sabitan di Mahkamah Persekutuan.

Najib bagaimanapun kekal sebagai Ahli Parlimen dan statusnya hanya akan dimuktamadkan selepas petisyen untuk pengampunan diraja selesai, menurut kenyataan Speaker Parlimen Tan Sri Azhar Azizan Harun pada 5 September.

Pada Rabu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memberitahu Zaini bahawa Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 21 Oktober sebagai tarikh pengurusan kes pertama untuk permohonan semakan sabitan Najib.

Shafee berkata Najib telah memfailkan sijil meminta agar permohonan semakan sabitan didengar dengan segera kerana ia adalah kes habeas corpus.

Dalam terminologi undang-undang, habeas corpus ialah cara undang-undang di mana seseorang boleh melaporkan penahanan atau pemenjaraan yang menyalahi undang-undang kepada mahkamah.

Tindakan undang-undang juga melibatkan perintah mahkamah untuk membawa orang itu ke mahkamah bagi menentukan sama ada penahanan orang itu sah.

Zaini, yang sedang mendengar kes SRC kedua Najib berhubung tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta, turut menetapkan 29 November sebagai tarikh pengurusan bagi kes itu.

Pertuduhan pengubahan wang haram RM27 juta terhadap Najib difailkan pada Februari 2019 – sebelum perbicaraan RM42 juta SRC bermula pada 3 April 2019.

Pada mulanya, pihak pendakwaan dalam kes SRC Najib mahu tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dibicarakan bersama tujuh pertuduhan membabitkan RM42 juta, tetapi rancangan itu diubah kerana isu prosedur.

Najib didakwa menerima RM27 juta itu di AmIslamic Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Masalah kewangan, tekanan ekonomi punca pasangan muda bercerai
July 25, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok