Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan

November 29, 2023 · Isu semasa

Seorang bekas pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini kerana membunuh teman wanitanya di sebuah rumah di Kampung Batu Besi, Simpang Pulai, Perak, tujuh tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah menjatuhkan hukuman itu terhadap N. Sanderasegaran, 35, selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan asal dihadapi lelaki berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh, lapor Bernama.

“Mahkamah mendapati terdapat merit dalam rayuan perayu (pendakwaan) dan bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa Mahkamah Rayuan telah terkhilaf apabila meminda pertuduhan daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (menyebabkan kematian).

“Oleh itu, kami membenarkan rayuan pihak pendakwaan. Bagaimanapun, kami mempunyai budi bicara sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara (antara 30 dan 40 tahun),” kata Hakim Mohamad Zabidin yang turut memerintahkan responden (Sanderasegaran) menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 28 Feb 2016.

Turut bersidang pada prosiding hari ini ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Hakim Datuk Nordin Hassan.

Pada 2 Okt 2018, Sanderasegaran dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak kerana membunuh S. Durga Devi yang ketika kejadian berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Batu Besi, Ladang Sengat, Simpang Pulai antara 11 malam 27 Feb hingga 6 pagi 28 Feb 2016.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 15 Mac 2022, menggantikan hukuman mati mandatori itu dengan penjara 20 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian wanita tersebut.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johar memohon supaya hukuman penjara maksimum 40 tahun ke atas tertuduh dengan mengambil kira mangsa merupakan seorang wanita yang lemah dan laporan bedah siasat mendapati terdapat 129 kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa.

“Berdasarkan keterangan pakar patologi jelas menyatakan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan di bahagian kepala,” katanya.

Peguam Charan Singh yang mewakili Sanderasegaran memohon hukuman penjara antara 30 tahun atas alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod lampau.

“Anak guam saya telah ditangkap pada 28 Feb 2016 dan dia berada di penjara sejak tarikh itu,” kata Charan yang turut dibantu peguam Noor Farihah Arshad.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok