Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan

November 29, 2023 · Isu semasa

Peranti pemantauan dipakaikan kepada bekas anggota Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar yang dilepaskan pusat tahanan imigresen di Australia baru-baru ini.

Memetik laporan media, pemakaian terhadap Sirul yang terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu bagi membolehkan pihak berkuasa memantau lokasinya.

Laporan Free Malaysia Today (FMT) melaporkan peranti elektronik dan sekatan pergerakan itu antara syarat ditetapkan kepada bekas tahanannya, seperti mana tertakluk di bawah Akta Migrasi dan Peraturan Migrasi negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pasukan Sempadan Australia (ABF) kepada portal berkenaan.

“Mereka yang disabitkan bersalah dengan jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol dan pedofilia wajib memakai gelang itu, mematuhi sekatan pergerakan ketat serta ‘keperluan pelaporan dan penglibatan’,” kata ABF seperti dilapor sebuah portal berita semalam.

Sebelum ini, Sirul Azhar yang berdepan hukuman mati di Malaysia kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, merayu untuk meneruskan hidup di Australia.

Sirul Azhar juga menyatakan adalah bahaya jika dia kembali ke Malaysia.

Menerusi wawancara eksklusif bersama Al Jazeera English 101 East, Sirul turut memohon maaf kepada keluarga Altantuya dan meminta supaya dia diampunkan.

Dalam pada itu, ABF memaklumkan, syarat visa mandatori yang ketat dikenakan untuk menyekat akses mereka bekerja dengan kanak-kanak atau individu rentan lain.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud keperluan pelaporan dan penglibatan.

Ditanya sama ada kerajaan Australia mempertimbangkan penggunaan undang-undang keganasan terhadap individu dibebaskan itu bagi menahan mereka semula, katanya, ia terpulang kepada kerajaan.

Sirul Azhar berdepan hukuman mati di Malaysia kerana membunuh Altantuya pada 2006 bersama bekas rakan sekerjanya, Azilah Hadri.

Seiring undang-undang Australia, Canberra tidak akan menghantar banduan berdepan hukuman mati ke negara asal.

Bekas anggota PDRM itu melarikan diri ke Australia pada 2015 sebelum Mahkamah Persekutuan menterbalikkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskannya serta Azilah, seterusnya mengekalkan keputusan asal Mahkamah Tinggi supaya mereka dihukum mati.

Azilah yang ditahan di Penjara Kajang, antara 1,000 banduan akhir memohon semakan semula hukuman mereka.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
19 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok